Aku benci kehidupan sekarang :(
Thursday, June 21, 2012 | Thursday, June 21, 2012 |
0 comments
First of all, seperti yang korang tau pasal aku, aku dah further study dekat UTHM. Alhamdulillah aku dapat course Civil Engineering. Mula-mula aku dapat rasa kan aku boleh gembira dekat sini. Aku cuba jalani hidup as student in Universiti. Bukan student sekolah lagi. Tapi hakikatnya aku terasa down gila bila dapat taw hostel aku diami sekarang buatkan aku tak selamat. Aku rasa nak menangis. *tapi aku tak nangis okay ! MACAM nak nangis je. HAHA. Tapi aku cuba tahan kan diri belajar dekat sini dengan selesa. Harap-harap boleh la, AMIN~~ Sekarang prinsip aku, aku nak fokus kat kelas. Tapi, kalau aku tak cukup tidur, comfirm-comfirm aku tak fokus lepas tu. Mata aku macam 20 darjah je bukak. Nanti aku try bukak kan mata 90 darjah la kalau aku jumpa batang mancis. Haha. Agaknya sanggup kah mata aku nak menahan kalau aku tidur tak cukup time ? Ohh semestinya tidak, tidak dan tidakkkk. Hahaha poyopo ayat aku.
For assignment pula, say hi tu assignment ! mweheheh, seminggu ni ada assignment, tapi malangnya aku tak dapat ngadap mu wahai assignment tercinta. bwekkkk ! *muntah. Cakap pasal assignment ni kan, teringat pulak aku, course ni aku kena belajar LK. L stands for Lukisan, capital 'K' stands for Kejuruteraan. Haa ! Hamik kau, dulu masa SPM tak amik LK, sekarang kena belajar. Amikk , amikkkkk ! Padan muka hang. Dulu masa jejak kaki Tingkatan 4, aku dah berangan-angan nak amik kelas Engineering Technology, kalau dalam Bahasa Melayu Teknologi Kejuruteraan. Aku saje je gedik-gedik translate dalam BI, time sekolah kelas tu guna BM je. HAHAHA. Tiba-tiba teringat la aku time sekolah budak-budak nih buat name tag, tulis
NABILA FAIQAH
SCIENCE STREAM.
Kalau budak TK, dengan budak Kemanusiaan lak tulis
NABILA FAIQAH
ENGINEERING TECHNOLGY
*contoh
NABILA FAIQAH
HUMANITY
*contoh
Semangat nama kelas la katakan. Bytheway, aku bukan nak story morry pasal name tag. Aku nak story pasal masa aku Tingkatan 4 dulu. Masa tu aku rasa aku macam tak dapat bawak Science Stream. So aku pon decide sendiri nak tukar kelas TK. Dengan muka tak taw malu aku jumpa kaunselor minta izin nak tukar kelas, bukan minta izin dengar ceramah. Tapi sebaliknya aku kena dengar ceramah dari dia. 'Saya rasa awak boleh bawak blablabla..' Balik kelas dengan hampa T_T. Tak putus asa lagi, minta izin ngan ayah aku pulak nak tukar kelas. Ayah tak kasi. Hampa lagi T___T. Then aku pon reda la duk kelas Science. Pastu, aku nak drop Biology. Jumpa GPK 1. Dia cakap kalau nak drop tunggu Tingkatan 5. Dah sampai Tingkatan 5, masa daftar subjek tu pon aku tak tulis Biology. Aku jumpa GPK 1 lagi, nak minta drop subjek. Dia cakap, bawa ayah datang sini. Cikgu sayanggggg, ayah saya kat sebelah pejabat cikgu je. Rasanya macam tiap2 hari jumpa. Tapi aku tak cakap camtu la, aku just cakap 'Cikgu jumpa la ayah saya, hehe'. Pastu aku lupa dia cakap apa. Haha. Yang penting aku selalu kena perli dengan dia. Cis. Pastu aku letak borang daftar subjek dekat atas meja ayah aku without tulis subjek Biology taw. Konon-konon nak tunjukkan aku nak drop Biology la. Tapi sebaliknya, ayah aku datang kelas kasi borang tu and dia yang tulias Biology sendiri. Aku masuk kelas je terus nangis. Time tu subjek English. HAHA, segan sehh aku nangis plak time tuh. Pastu aku dengar cikgu cakap 'Kalau failed pon subjek tu, kat sijil takda keluar, jangan risau la'. Aku diam je. Habis je kelas, aku terus tunggu ayah depan pejabat, GPK 1 tegur aku,
'Amacam nabila ? Amik Biology ?'.
'Saya amik je cikgu, ayah suruh.'
' Entah-entah 5 tahun depan, saya jumpa awak, saya tanya amik apa sekarang, awak cakap amik Biology'
'heheh, Cikgu perli saya.'
Nampak tak aku kena perli, huaaaa ! Aku ingat sampai sekarang. Tapi last-last aku tak drop satu subjek pon. Ni tiba-tiba aku masuk UTHM kena belajar LK. Nasibbbbbbb !