Byla Bella ∞
 how bella gots her name.
Thursday, August 30, 2012 | Thursday, August 30, 2012 | 0 comments
haaaaaaa, kalau perasan la kan, ade tak iras2 title how dalat got its name ? haha. kalau ade yang sekutu dengan aku, taw la tajuk citer tuh. buku masa form berapa ntah. aku lupa.

gelaran bella tu dapat masa pradip. lecterur bi aku la nak panggil aku bella. aku okayyy kan aje. sejak tu la budak2 nih panggil aku bella. so aku ni banyak jugak la panggilan. dekat BP orang panggil aku bella, kat segamat nabila or byla. tu jela. ada jugak orang segamat panggil aku bella. tapi tak ramai la. sekor dua camtuh.

aku nak citer benda sentap gile cincang 80 kerat. sungguh sentap ! sangat sentap ! ayatnya ialah
' asal aku tanya je mesti nak usha eh ? nape kau jeles ea takde orangnak usha kau '

ehhh shhhhhh**************. sungguh sentap okayyy ! bia laaa takde orang nak usha. aku nye versi secret admire. bukan terang-terangan. haha, perasan ? biaq pi laaaa.

okayyy la, bye !
 senyumlahh ohoiii cek mek molek
Wednesday, August 29, 2012 | Wednesday, August 29, 2012 | 0 comments
Tak perlu MENANGIS kepada orang yang telah MENYAKITI hatimu..
Tak perlu KECEWA kepada orang yang telah MEMUSNAHKAN harapanmu..

Kenapa perlu LEMAH kepada orang yang telah MENJATUHKANMU?
Kenapa perlu IKUT perasaanmu yang terlampau SEDIH?

Tetapi KAMU seharusnya perlu :
Belajar untuk SENYUM bila orang menyakitimu, belajar untuk BANGUN tika orang memusnahkan harapanmu, belajar untuk KUAT bila orang telah menjatuhkanmu, dan kamu seharusnya belajar untuk LAWAN perasaan SEDIH, dan jangan mudah mengikut perasaan yang akhirnya akan menjerat dirimu sendiri..
 test fizik
Tuesday, August 28, 2012 | Tuesday, August 28, 2012 | 0 comments
hari ini mak jemah nak citer yang mak jemah ada test fizik. mak jemah tak datang kelas pengajian islam petang tadi. sebab apa ? sebab mak jemah tiba-tiba pusing/ pening/ sakit kepala. mak jemah pergi pusat kesihatan universiti, mak jemah makan ubat, then mak jemah study sikit, mak jemah tidur. malam pulak ada test fizik. mak jemah tak bape nak dapat jawab sangat la kan. so mak jemah terpaksa reda apa yang mak jemah dapat. InsyaAllah keputusan baik punya.

esok nak kena hantar buku log kelana siswa. mak jemah tak siap lagi. ade la tinggal 10% nak siap.
pengajarannya, jangan la jadik macam mak jemah ni, last minit buat. padan la mukaaa mak jemah. padan muka mak jemah la, bukan aku. hewhewhew. bye !
 perjalanan hidup
Monday, August 27, 2012 | Monday, August 27, 2012 | 0 comments
hari demi hari dah berlalu. tup2 sekarang dah bulan 8. dah nak habis bulan 8 pulak tuh. tengah tunggu kedatangan bulan 9 pula. agaknya apa kisah seterusnya hidup aku ek ? kita merancang Tuhan yang menentukan. sekarang ni aku fight untuk final exam. but now, musim test 2. lepas satu2 kena lalui.

aku tengah tak berapa sihat. duduk dalam kelas, mengelamun je. tak fokus. sebab tak sihat agaknya. cuaca pon lembap dekat batu pahat dengan segamat.

aku naik je cuti ni ramai beli henset baru. maklumlahh dapat ptptn kan. nak beli 10 henset pon bole. kalau henset tu harga RM10 la. haha. mula-mula aku pon fikir nak beli henset iPhone, tapi bila mengenangkan duit ptptn ni duit pinjam, so tak jadi la aku nak beli. kalau boleh duit tu aku nak simpan je, sampai habis belajar. bia aku bagi balik sekelepuk duit ptptn tuh. dah la ada bunga 1%. haiyaaaa. aku nak dapat henset dari ayah or ibu aku sendiri. kalau tak dapat, aku pakai jela henset cokia tu je. cokia pon, boleh dengar mp3, radio, mesej, call. sabo la ea byla. nanti masa kije, nak pakai henset pape pon boleh. asalkan mampu la kan. InsyaAllah

kawan aku tanya, lepas habis diploma nak belajar ke tak. ofcoz la nak sambung degree pulak. tapi kalau boleh aku nak sambung oversea. tapi, bahasa inggeris aku kena tiptop. haishhh, aku tersangat lemah dengan bahasa inggeris. doakan aku lancar blablabla bahasa inggeris k.

tadi aku tengok2 mesej lama aku dengan ex-pakpandir. aku tersengih sorang2 baca chat tu. ya Allah rindunya aku nak mesej macam tu lagi. bergurau senda. tapi dah tinggal kenangan :( . mesti dia bahagiakan dengan awek baru tu. tersangat bahagia. baguslahh, aku tumpang gembira dengan kebahagiaan kau. :')

eh2, tadi aku dress up macam makcik. aku pakai baju kurung beso gedabak yang ibu beli masa form3 size m dengan tudung sarung coklat kasut merah. hahaha, kawan aku pon cakap macam makcik. dulik laaaa, aku tak sehat malas nak berpin2 banyak sangat.

okaylahh, sejak dua menjak nih best pulak update blog pasal isi hati aku nih. rasa tenang sikit. nak citer dengan orang, bukan diorang nak dengar isi hati aku nih. biar la aku nak gembira, sedih semua dalam blog nih. kalau ada yang baca, maksudnya dia nak taw isi hati aku nih. so selamat membaca !!







aku nak siap kan buku log kelana siswa. dah la rabu kena hantar. tak tidur malam lagi la aku kali nih..
 tinggal kenangan
Sunday, August 26, 2012 | Sunday, August 26, 2012 | 0 comments

pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
 sudah sampei hostel bah.
| Sunday, August 26, 2012 | 0 comments
raya kali ni best sikit and best banyak. acano tuh ? kita abaikan je. sekarang ni aku nak story sepanjang raya nih.

raya pertama :
aku rasa aku duduk rumah atok aku je kot. baca novel Andai Ini Takdirku lepas tu tolong-tolong sikit. bangun pagi makan daging masak hitam. sumpah sedap ! rendang-rendang semua takde. lepas tu makan lemang and macam-macam la.

raya kedua:
reunion Tok Ayah Min. lepas tu raya rumah ex-cikgu mak aku. petang tu pulak, kholi (panggilan ayah saudara) datang wif his family la kan. aku datang-datang je dia puji aku.
ehhhh, malu ~(','~)(~',')~
then dia citer kat ibu pasal aku call dia malam tuh. citer tu aku taknak la story kat sini. sumpah malu !! kholi dengan makda gelak kan aku. lepas tu aku pergi rumah makda tolong amusyam (panggilan ayah saudara a.k.a suami makda) buat pizza dengan oblong. and aku sleepover rumah diorang satu malam.

raya ketiga:
aku lupa ape terjadi. hahaha. yang aku ingat packing barang tuk esok nak balik.

raya keempat:
aku balik rumah dengan penat and bersemangat. takde la bersemangat sangat sebenarnya. aku demam, selsema and batuk2.

raya kelima:
aku beraya dengan kengkawan. member uthm aku pon datang sini. tapi kejap je. member lama semestinya la orang penting yang kena datang rumah aku. malam tu pulak, suara aku teros rock !

raya keenam:
aku tak pergi beraya. pagi aku keluar pergi bandar buat spec, check up kat klinik, beli barang then balik tidur. ramai nak datang rumah aku, tapi aku tak kasi, sebab aku tak sehat. nanti siapa nak layan diorang kan.

raya ketujuh:
pagi tu si arep wif his girlfriend n kawan girlfriend dia datang rumah. aku sangka kan dia datang ngan orang lain. baru ku tahu itu awek nya. hahahaha. naseb tak kena bahan dengan aku, sebab aku kenal awek dia tuh. lepas tuh, aku pergi kenduri akikah and tunang dekat rumah sedara, Dina. akak dia Aqilah tu bertunang. tak sangka beb ! petang tu pulak pergi rumah tokcik, then balik. wan, din, asri pulak datang naik mercedes tuhhhh. haha. tak boleh blah diorang. aku sangka kan gen-2 yang parking depan rumah aku nanti. rupanya mercedes. cehhhh. din bawak kereta sumpah kelakar !! nak lintas jalan kena tunggu kosong jalan tu. tapi tak pe, yang penting aku enjoy jumpa kawan lama aku. biasala kalau ada si wan ngan din tambah2 si asri. tak gelak pecah perot lak aku kat rumah tu. dah la aku gelak macam versi rock. suara aku punya pasal lah. pergi rumah arep makan2, tapi arep takde. akhir sekali pergi rumah sani, kejap je. tak minom pon sebab dah maghrib. tak elok anak dara keluar maghrib2 kat rumah laki kan. bukan rumah sani tu takde orang, ade semua parents dia, tapi macam tak elok la.

malam tu aku citer dekat ibu, diorang asyik ingat je pasal raya sebelum2 nih. pasal air potong kaki la, bunga yang kat tengah meja diorang gi bubuh air oren dalam tuh and macam2 la. ibu cakap, orang yang suka sakat kita tuh maksudnya dia suka kawan dengan kita and senang dengan kita. ohhh, cenggitu ye bu. byla bangge bu, bangga ! hahaha.

okay laa, sekarang aku dekat hostel. byla sekali nak menaip nih, bermacam2 la aku nak story sebenarnya. mweheheheh, bye !
 esok balik kolej
Saturday, August 25, 2012 | Saturday, August 25, 2012 | 0 comments
huaaa, aku malas nak balik kolej. aku tak sehat. so takde mood nak balik kolej. isnin ni aku rasa macam nak ponteng jek. malas laaaaaaaaaa. please lah ! aku malas okeh. tinggal satu bulan belajar, then satu bulan final. pastu cuti sem. oyeahhh, tu yang aku tunggu kan. raya ni aku rasa tak seindah masa zaman pakai kasut loceng2 jalan depan orang-orang dapat sepuluh hinggit. sekarang pakai jubah kasut tumit tinggi, singgit pon tak dapat. sedih wehh, sedihhh. sob sob. haha bukan apa aku tak kesah sebenarnya nak dapat ke tak kan. bukan aku batak sangat pon dengan duit raya. sekarang nih, aku rasa macam 'raya sambil lewa'. mana taknya, kawan aku yang ziarah sikit-sikit je. yang aku ziarah lak bape kerat je. mana la sempat kasi seminggu je cuti. kasi la sebulan cuti raya. raya kan sebulan. hahaha. mesti NC cakap 'banyak kau punya lemak'. haha. okay2 tak. tapikan macam tak boleh terima aku dah tak dapat duit raya. ini tak boleh jadi ! tak boleh jadi ! macam nak bawa kes ni ke mahkamah.

pada aku raya tahun ni tak la semeriah sebelum nya. biasa lah tuh, setiap tahun mesti ada perubahan kan. kalau takde perubahan, tak berubah la kita kan. kan kan kan ? sila angguk.so hadapi nya laaaa k. tahun ni aku sikit sedih la. tak taw la nape aku rindu si ex-pakpandir aku. nape aku panggil pakpandir ? bermula kisah aku post kat fb.

Teringat dulu pergi terawih sama2 macam pak pandir dengan mak mandir.
Suddenly remembered that moments :'(


start dari tu la aku gelar pakpandir. sebabnya, aku teringat masa pergi terawih. dia pakai kain pelikat, tshirt and kopiah. aku pulak pakai baju kurung, tdung, bawak telekung kat tepi. kelaka gile bile ingat balik ! masa tu aku tak terpikir pulak macam pakpandir and makmandir. cuma takde basikal je nak naik pergi masjid. hahaha. tengok ! tengok ! aku couple bukan buang masa taw. masa tu couple ke arah kebaikan taw. haha. aku teringat lagi sebelum puasa, kiteorang janji puasa ganti sama-sama. nanti awal2 set dulu masa nak puasa. ada sekali tu, berbuka sama-sama taw. tapi bukan time puasa ganti la, puasa wajib punya. time tu ada azwan and mira sekali. yang aku bengang gile2, aku cakap 'eyy nape minom kan puasa' dia jawab 'dah azan laaaaa'.bengang tak bengang macam nak seret muka kat jalan pon ade. si mira n wan gelakkan aku.. lepas berbuka sempat pulak aku ajak lepak kat expo, padahal ada kelas addmath malam tu. lepas lepak aku ajak jalan lagi. tapi dia tak kasi, suh masuk kelas jugak. haha, aku memang cenggini. asyik ajak jalan je. dia pon sabauuu jela masa tuh. n lagi satu, aku pernah tusyen personal denga dia kat rumah aku berguru kan cikgu sekolah lain. tapi kejap je dia tusyen. :(

ishhhhhh ! asal aku ingat semua dah lepas nih ? benda yang lepas tak perlu diingat balik ! tak perlu di senyumkan benda yang lepas ! erghhhhhh ! kenapa banyak sangat kenangan ? mana taknya, almost 3 tahun kot dengan dia. maybe takde jodoh kot or dia bosan dengan aku. aku ingat semua lelaki sama je, kecuali dia. sebab tu la aku tak berani nak carik lain. aku pon beri la sepenuh kepercayaan dekat dia masa dia belajar jaoh dari aku. walaupon aku taw ada perempuan yang kasi sesuatu dekat dia, aku cuba untuk percaya yang dia setia. sebaliknya yang terjadi. hampa plus sedih plus keciwaaa plus duka lara sumenye laaaa. dah nak setahun benda ni terjadi. tapi aku rasa macam baru je berlaku. aku rindu dia tiba-tiba setelah sekian lama aku lupa kan dia. tapi takde la 100% aku lupa. ingat la sikit2 je. tak banyak. tersangat sikit. tapi sekarang macam lagi banyak aku teringat kat dia. tak taw kenapa. aku pelik, ape pasal tiba-tiba dia muncul dalam fikiran aku balik. Ya Allah, tolong la lupakan dia dan apa yang telah berlaku. please lahhhh. benda yang berlaku tu dah jadi kenangan pahit n mimpi ngeri aku. dia buatkan aku susah nak percaya kat lelaki. orang yang usha ni pon aku fikir beratus kali nak terima ke tak. kalau aku terima, agaknya sampai bila boleh bertahan. tapi aku pon manusia biasa, susah untuk hidup berseorangan. setakat ni, Alhamdulillah aku dapat hidup seperti biasa. tapi tulahhhh, rindu barang yang lama susah nak lupuskan. biarlah aku pendamkan je rindu nih, nak luahkan tak berani, nak mesej tak taw nombor. kang cakap aku terhegeh-hegeh dekat orang yang taknak aku pulak kang. biasa lah tuhhh. so silent is better. :X

hari tuh member datang rumah. kawan aku si zulhelmi cakap aku kapel dengan member bone ? member bone tu pon aku tak taw sape. pastu dia cakap member bone minat aku masa pradip ? ehhh, sapekah ? yang aku taw, 2 orang je minat aku. aku bukan nak perasan la kan, tapi tu hakikatnya. hahahaha. okay2, betul aku tak perasan. 2 orang penah mintak aku jadik awek, tapi aku taknak. yang member bone aku memang tak taw sape yang dimaksudkan. lepas tuh, si hamdi ni pulak sampuk, 'ohhh dah ada orang baru bukan nak citer'. AKU TAK ADA SAPE2 LAGI LAAAAA. masa last berbuka dekat bp, aku berbuka dekat mcd dengan senior. aku nak balik, tergesa-gesa keluar. jap lagi ada brader ni panggil 'cepat2 sangat tu nak pergi mana?' 'balik.parents dah sampai'. 'ohhh, mentua ke?' 'ehhhh, mana ada. mak sendiri la'. zasssss, terus keluar. my mummy n my daddy menunggu. haha.

dah laaaa, jangan tanya aku bila nak dapat yang baru, mak mentua ke, ape ke. tu semua tak ada okayyy ! aku bukan trauma, aku berwaspada. luka mesti ada parut kan. parut nak hilang amik masa yang sangat lama. so parut tu la aku.

hidup ni umpama mimpi. bila kita mimpi indah, lepas bangun pasti kita teringat2 mimpi tu. tapi nak hilangkan mimpi tu, kita kena la mimpi cerita yang baru pulakkan. supaya mimpi yang lama dapat dilupuskan. haaaaa, sama jugak dengan aku. aku bermimpi indah sangat lama, tapi mimpi indah walaupun dah lama berlalu. nak lupakan mimpi indah ngan ngeri tu, aku kena la tunggu mimpi yang baru. maybe dia tak bahagia selama dengan aku and aku selalu buat dia sedih. semoga kau bahagia dengan dia. jangan buat dia macam kau buat kat aku dulu. *reda.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN



 Bulan Ramadan
Thursday, August 9, 2012 | Thursday, August 09, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

kali ni dengan sukacitanya aku nak update pasal kehidupan aku sepanjang bulan Ramadan ni. macam-macam pengalaman yang aku dah lalui ni menjadikan aku lebih matang. lebih kreatif dan lain-lain. masa awal ramadan, aku beruntung dan bernasib baik dapat berpuasa dengan keluarga. kira beruntung la aku dapat balik. daripada kawan-kawan aku yang lain, yang duduk nun jauh utara sana, mesti diorang tak dapat balik kan ? lepas tu aku banyak luangkan masa dekat masjid kali nih. dulu aku jarang sangat pergi masjid. kalau pergi pon dengan member. tu pon 2 kali dalam bulan ramadan. kali ni bolehh laaa, takde la selalu sangat aku pergi masjid. latest ni, aku join program sukarelawan setitis syahdu ramadan dekat masjid UTHM.




happy tu memang sangat-sangat. sampai malam program ni habis. tapi aku sempat singgah bilik tidur la.. takde la straight sampai malam. haha. kat sini aku belajar macam-macam perkara.

ada satu malam ni, aku pergi solat terawih macam biasa dekat masjid. lepas habis solat isya' nak tunggu solat terawih tu, aku perhatikan kaum adam depan aku. satu persatu gerak geri aku perhatikan. bukan sebab nak stalker. tapi aku nak tengok ragam manusia dengan meluas. aku nampak sorang pak arab nak mulakan solat isya'. agaknya niat dia nak berjemaah kot. tapi dia tak sempat. so dia tengok sebaris remaja kaum adam melayu ni, dia niat then terus tahiyat awal. maybe dia fikir sebaris remaja melayu tadi berjemaah. tap sebenarnya tidak. datang pula pak nigeria tepuk bahu pak arab nih. macam dikira pak arab nih jadik pak imam pula. aku tengok keadaan tu, menaikkan rasa berminat aku tuk terus perhatikan. tapi malangnya tak sempat sebab dah start terawih.




aku tengok ramai kanak-kanak berlari-lari dalam masjid. aku tertanya-tanya, kenapa ayahnya bawak pergi masjid, tapi diorang main-main. pada perspektif aku la kan, maybe ayah dia nak ajar da supaya rajin turun masjid sejak kecil kot.

masa aku nak balik pula, aku ternampak seorang budak lelaki dalam lingkungan 3 tahun, minta ayahnya dukung. budak tu dah mengantok agaknya. ayah dia pon dukung and budak tu baring kat bahu ayahnya. terlintas kat kepala aku, pengorbanan and kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.