Byla Bella ∞
 kawan ?
Saturday, July 28, 2012 | Saturday, July 28, 2012 | 0 comments
semua ada kawan kan ? so tak pelik la kita boleh jumpa macam-macam jenis perangai. yang baik, yang pandai berkata-kata, alim, cantik, popular, agresif, garang, tak matang and macam-macam la. kadang-kadang kita macam benci dengan kawan kita tu. kadang-kadang jugak, kawan kita tu boleh jadi orang yang kita minat dalam senyap. kawan ni besar option dia. kawan jugak kita boleh jadi sebagai penumpang popularity. how to being a good friends for your friend? aku ada juga nasihat sikit-sikit. aku ni pon bukan la bagus sangat dalam bab kawan ni. bukan semua orang suka kawan dengan aku kan? mesti ada yang benci or iri hati dengan aku. aku ada la juga interview orang macam ala-ala melodi tuh. nak jugak merasa jadik kiah propa. haha..
first orang interview, ibu pertiwi. haha. my mom okayy. actually, aku tak taw sebenarnya sape orang first aku interview. aku main tibai je. tapi anggaplah macam betol. aku tanya pendapat ibu, ibu kata jadi la orang penyabar. *yeje ibu cakap cmnih? anggaplah macam kisah benar*
huraiannya pula, kalau orang buat kita, sabar okay. cerita kat orang yang betul-betul kita percaya. seperti ibu pertiwimu, kakak-kakak mu, dah segala bagai yang boleh dipercayai la. second, jangan percaya orang yang baru kenal. mana la taw dia jenis yang boleh simpan rahsia. tapi dalam masa 24jam je. cis, kanak-kanak ini memang tak boleh dipercayai. sekali terkena jangan la story morry lagi, nanti bertambah worry. ha kan dah berpantun aku.
okay third, dont act macam perangai budak sekolah lagi. tak matang tuh. nak bergurau sekali pun jangan la buat orang meluat or manyampah. and yang paling penting jangan la buat orang cakap kita ni tak matang melampau. kalau tak matang tapi masih boleh bergurau seperti umur kita sekarang tu dah kira okay la, orang pon senang dengan gurauan kita. please la, gurau secara berpatutan dan kena dengan tempat. bukan melampau tak matang GILA. sebelum orang lain tegur, baik kita berubah sedikit demi sedikit. jangan sebab gurauan kita hilang kawan. behave yourself.
forth, berdikari la sendiri. jangan semuanya kita berharap dekat orang lain, kita dah besar, segalanya boleh diuruskan dengan sendiri selagi termampu. bukan berharap orang suap kita. jangan fikir, kita masih kecil, parents treat kita macam budak kecil. time tu kecil lagi, so boleh la ditolong lagi oleh ibu bapa. sekarang dah besar, everything must depends on yourself. selagi termampu kita buat.
fifth, keluarkan kata-kata yang menyenangkan. bukan dengan kata-kata yang boleh menghiriskan perasaan orang lain. even satu gurauan, tapi hati manusia bukan satu gurauan. kalau dah terbiasa cakap dengan family sekalipun, try untuk mengubah kata-kata tu. orang boleh pandang serong oleh sebab kata-kata kita yang kesat tu je. setakat ni syukur Alhamdulillah la, ibu ayah dah ajar aku jangan sebut perkataan yang tak elok sejak kecil. kadang-kadang tu ada la jugak sebab pengaruh kawan kan.
sixth, jangan pentingkan diri sendiri. fikirkan yang lain juga. kalau certain things tu kita terpaksa abaikan kawan and pentingkan diri sendiri tu perlu juga, sebab bukan semua benda yang kita tak boleh jadik selfish. boleh jadik selfish jika melibatkan maruah diri, agama, bangsa, negara, dan most important, family.
seventh, jangan terlalu sensitif. kita hidup bukan zaman tadika lagi. orang marah, kita nangis. sekarang kamu, kamu, dan kamu kan sudah besar, dont be terlalu sensitif. tu boleh menimbulkan masalah antara rakan-rakan anda. bukan semua orang jadi apa yang kita nak, and bukan semua orang boleh ikut kita. so, kita juga perlu la paham dengan keadaan sekeliling. kita duduk bukan dalam dunia kita seorang. dunia ni kita kongsi, sama-sama la kita saling memahami.

setakat ni, ni jela kot aku boleh kasi idea. sebenarnya banyak, tapi tak terlintas kat benak fikiran aku nih. so, apa yang terlintas ni jela aku luahkan. apa yang aku tulis kan nih, bukan bermaksud aku ni perfect sangat, semua ni aku dapat dari sumber-sumber yang berpengalaman. yang pernah hidup di alam universiti, sekolah dan lain-lain. aku pon insan yang serba kekurangan dan perlukan didikan. akhir sekali, selamat beramal and selamat berpuasa !
 bulan puasa datang lagi
Sunday, July 22, 2012 | Sunday, July 22, 2012 | 0 comments

now, i'm looking and chasing for pahala in this bulan Ramadhan. i'll try my best InsyaAllah.
bulan Ramadhan kali ni sedih sikit la. sebab sebelum ni dah 3 tahun berturut-turut puasa and raya sama-sama since 2009 until 2011 dengan si dia. tapi jodoh kami tak panjang and he's got a new one. so congrates ! even about 10 month we are lost contact, but my mind always think a little bit about u. actually, not always laaa. sikit je okay ! tak banyak pon. sebab dah nothing between us. so buat apa aku buang masa dan waktu fikir benda yang dah lepas. but sometimes terkenang tu ada la jugak kan time duduk2 bosan terpikir la sikit. biasa la tuh. okay, aku sedih. aku teringat masa puasa kami pergi terawih sama-sama and berbuka. and ! last moments, dia ada janji nak solat terawih sama-sama, and dia rushing from Melaka and back home untuk berbuka puasa dengan family and siap pergi solat terawih and belom sempat dia nak berbuka puasa dengan family, dia got an excident and dia berbuka puasa dengan air mineral dengan mulut berdarah and kami tak jadik solat terawih sama-sama until raya sebab dia malu nak jumpa aku dengan muka yang bengkak and now takde lagi mesej kejut sahur, mesej selamat berbuka, selamat hari raya, and segala selamat and aku sedih full stop ! but now, semua tu insyaAllah takkan terjadi lagi. so the conclusion is, take care of u. bye and Salam Ramdhan from me.
 zon selesa :)
Monday, July 2, 2012 | Monday, July 02, 2012 | 0 comments



act, aku tajuk aku kali ni pasal kehidupan aku yang serba selesa setakat ni. syukur Alhamdulillah aku di lahirkan dalam Islam, dalam family yang bahagia, pendapatan keluarga yang serba sederhana. bila aku masuk Universiti ni aku dapat kenal ramai kawan, so semestinya banyak perangai aku kenal kan. aku dengar satu persatu cerita daripada kawan-kawan, aku rasa beruntung dengan keadaan aku sekarang.

dari segi kewangan, orang lain bersusah payah dapat kan duit. parents kehulu-hilir mencari rezeki yang halal untuk anak-anak belajar. aku pula ? tiada masalah kewangan pon. ayah aku pula jenis tak berkira dalam hal duit, aku minta semua dapat. means tak semua la. macam handset, camera DSLR or blablabla tu semua tak dapat. aku maksudkan macam, barang-barang keperluan. aku rasa bersyukur sangat-sangat. dengar kawan-kawan mengadu kurang duit, aku simpati. aku tak mampu nak tolong dari segi kewangan. dari segi fizikal aku mampu tolong, InsyaAllah.

aku selalu dengar keluarga asyik gaduh-gaduh. terjebak dengan macam-macam masalah. family aku pula ? serba lengkap. bahagia, masih ada didikan agama oleh ibu bapa aku, dan macam-macam lagi. aku selalu cerita dengan ibu masalah-masalah yang aku hadapi bila masuk U ni. masalah dengan kawan-kawan and lain-lain. ibu pernah cakap 'cuba tengok bila awak dah bergaul dengan macam-macam orang, macam-macam perangai awak jumpa kan ? bila awak dengar cerita kawan-kawan awak, cuba awak compare kan dengan kehidupan awak ? awak minta semua dapat, keluarga takde masalah. awak pernah tak terfikir ? orang lain bersusah payah, tapi awak asyik membazir je. mak bapak orang lain bertungkus lumus cari duit, awak senang minta ayah, pastu senang ayah kasi.' . aku terdiam dengar. betul jugak apa ibu cakap tu. aku tak pernah bersyukur dengan semua ni. aku rasa aku tak pernah puas. aku masih ada family besar yang cukup ibubapa dan adik beradik yang ceria selalu. rumah yang ayah aku sediakan dah cukup besar untuk kami 8 orang keluarga menetap dengan selesa. kalau dibandingkan dengan orang yang susah, punya keluarga yang ramai, rumah pula kecil. oh aku bersyukur sekali lagi.

berapa hari lalu aku dengar ayah kawan aku meninggal. aku termenung sekejap fikir keadaan aku yang masih ada kedua ibu bapa aku. dalam bilik aku ni ada 2 orang anak yatim kehilangan ayah. aku tengok diorang sentiasa bahagia. tak ada pon rungutan rindukan ayah. aku bersyukur masih dikurniakan ibu bapa yang masih sihat dan waras. aku bayangkan kalau aku kehilangan salah satu, macam mana aku nak hadapi ? aku mesti tak dapat terima kenyataan. sebab aku masih bergantung 100% dekat ibubapa aku. aku tak dapat bayangkan situasi aku macam mana. Ya Allah, sihat kan la ibu bapa ku, panjangkan la umur mereka, dan murahkan la rezeki mereka. aku harap sangat, kalau Tuhan nak cabut nyawa orang yang aku sayang, cabut la nyawa aku dulu sebab aku tak mampu nak hadapi tanpa orang yang aku sayang.

minggu lepas kau pulang ke rumah. aku memang tak boleh kalau dalam 2 minggu tu tak balik rumah. nanti rasa macam tak semangat nak belajar. aku beruntung sebab rumah dengan kampus tak berapa jauh. paling kurang 2jam masa perjalanan. aku pulang ke rumah dengan menaiki bas, pulang ke kampus ayah yang hantar. aku rasa beruntung sekali lagi apabila ayah sanggup hantar. kalau nak di bandingkan dengan orang lain, pergi balik naik bas je. bila aku dalam kesusahan aku selalu merungut. :(

aku rasa bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku dengan keadaan yang serba lengkap. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. :')