Byla Bella ∞
 ciri-ciri anak ke 3
Saturday, May 26, 2012 | Saturday, May 26, 2012 | 0 comments
for your information, aku anak ke-3. orang cakap anak tengah-tengah ni kuat jeles, ye tidokk ? ahh lantak kan lahh. bukan aku je anak ke-3 dalam semesta ni, hazirah(bf), haziqah, jibab and sewaktu dengannya laa. tanpa membuang masa lagi, ciri-ciri nya ialahhhhhh, jeng jeng jeng..
aku unsur API :


Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu).*aku pon tak tahu la apa maksud bisikan kalbu tu. Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

kesimpulan nya la kannn :
sifat kelakian- memang aku sokong la sikit, aku ada kasar sikit.
kebudakan atau kurang matang tu aku macam waswas. ada orang cakap ngan aku memang aku ni perangai kebudakan. lagi-lagi member baik aku, myra cakap aku memang kebudakan. lantak lahh.
kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu- hmm memang ada kadang2, tu yang kalau orang citer pape kat aku, pastu comfirm aku lupa, hahaha
keanakan atau lurus- tengokkk ! ada lagi ciri keanakan tuh. hhmm memang agaknya ditakdirkan anak ke-3 ni tak matang..hahaha. em, lurus tu pulak aku boleh terima, kadang-kadang memang aku lurus sikit. KADANG-KADANG oke, bukan selalu. teringat pulak semalam hang out dengan bebudak nih, aku tanya din

aku: belaja mana,
din : U-IS
aku: ooh U-IS.. u ape tu ? kat mana ?
din (ngan muka mintak teranjang) : universiti ismail, hahahaha..

pastu budak-budak lain semua gelak. kuangajaaaaaaaaaaaa !

wan: aku ingat kau dah belajar uthm tu makin bagus, rupanya tak berubah lagi, LURUS tetap tak berubah.
aku : hahaha, kuangajaaaaa, mana ar tahu tu ada ke betol-betul kolej tu. ishhh
wan : haha, hadoi kau ni bell tak berubah, LURUS. tanya da la confident je.

nak buat camna, aku ingat benda tu betul hisssssshhhh !

emm, lagi kurang tidur tu memang betol, aku kadang asyik terjaga je tengah pagi, pastu tidur balik la..tak de kije aku nak teruskan bangun..ahaha, sebab tu la bila aku bangun cam tak segar je. kalau aku tdur senyenyaknya, tak bangun2 lansung, memang segar bugar la aku. hiperactive je aku pastu..ngiahaha, oke bye !
 nyesal aku =='
Monday, May 21, 2012 | Monday, May 21, 2012 | 0 comments



nyesal aku main balas2 pantun, NYESAL WEHHH ! kang tak masal diorang buat betul2, panggil aku naik pentas, suh berpantun..MATI AKU ! aku taknakkkkk, seriuss !! harap2 diorang lupa..hahaha, dah tobat aku taknak komen situ.
 transformation ?
Thursday, May 17, 2012 | Thursday, May 17, 2012 | 0 comments
for your information, i'll continue my study in UTHM, alhamdulillah dapat sambung situ even result UPU dapat sekali pun, tapi aku taknak course tuh. aku bukan tamak okeh. ramai yang nak sambung, tapi diorang takdapat. aku yang dapat ni pon taknak pergi. okeh, kalau aku ni tak tamak, aku pergi. so takde la tempat kosong untuk student lain yang tak dapat. so, aku decide nak ambil UTHM jela. course civil engineering, INSYA-ALLAH. tu je aku rasa aku boleh bawak. dekat mana sekalipun kita belajar, just ilmu yang kita nak, ye tak ? haaa, nanti aku jadik engineer or arkitek, contact2 la aku eh, mane arr tau nak buat rumah bertingkat-tingkat, ha aku ada. diskaun member tu ofcourse la ade, guna kata lalauan 'saya kawan bella/byla/nabel/nabil/bell' or pape la panggilan yang korang panggil aku. nanti dapat la diskaun, haha..

aku target kali ni DEKAN. whoah ? its sound quietly amazing ! aku nak serius belaja kali ni. taknak main-main. INSYA-ALLAH aku boleh buat kalau aku serius. orang cakap SPM lagi susah daripada exam lain. sebab soalan SPM dari form1 sampai la form5. kalau diploma ni pulak, just 4bulan je study subjek tu, subjek tu jugak keluar final. so, aku pikir not really hard. its become easy if i struggle kan ? aku nak ibu ayah bangga. macam abang, dia dapat 4flat, so aku jeles ok ! ibu tak sudah-sudah lebihkan dia. nak bawak motor pergi sana, boleh aje..ada sekali tu, ibu taknak hantar moto pergi sana, ibu cakap, beli skuter pape kat sana guna nama makngah. eeeey, aku jeles !! aku mintak semua tak dapat. alasan ibu, 'ibu nak tengok abang tu berjaya. biar lah berkorban sikit'. abang dapat result ok, ibu beli handphone. pastu lappy rosak. beli lappy baru. padahal lappy tu rosak salah dia sendiri. cis.

pastu pulak, aku taknak terlampau enjoy sangat macam masa pra-dip nih. seriously aku enjoy gile. aku tak taw la nape aku enjoy sangat. maybe sebab baru lepas SPM kan. HAHA :D .
actually, aku nak explain kenapa aku dapat pra-dip kat UTHM nih. bukan sebab result aku teruk. pradip nih dipilih based on trial SPM's result. so, diorang pilih untuk student yang boleh bawak engineer nih, and pradip ni tiket untuk masuk UTHM as student in diploma. firstly, masa puan anisah as kaunselor explain pasal engineering ni lah. mula-mula aku nak, sebab nak elak PLKN, last2 aku tak kena pon untuk kumpulan pertama. cis. oke, lupakan. pastu dengar pn anisah cakap yuran dia RM2k lebih. aku pon ternganga, mahal nye. tapi aku pon lantakkan lahh. puan anisah kata, untuk budak sains je. aku pikir, mesti budak sana pandai. sebab untuk budak sains kan..so, aku pon amik la. lantak laaa, aku diam2 kan aje dari ayah aku. aku just citer kat ibu. ibu pon citer kat ayah. tbe2, ayah suke pulak ! haha, aku pon turut suke bila ayah suka. ngeh3.. ibu kata standard la tuh RM2k untuk 4 bulan. aku pon oke kan jela bila ibu cakap macam tu. aku excited la kan.. tapi kebanyakan kawan aku cakap, buat habes je beribu ringgit kalau tak sambung situ. actually, kita ada inisiatif sendiri. kalau aku dapat upu, aku sambung upu kalau course aku dapat ok. sekarang ni aku dapat uitm, matrik tangkak and UTHM. so aku decide amik UTHM jela.. conclusion is aku amik pradip UTHM tu tak membazir. kalau la aku tak dapat upu, so aku bole amik UTHM terus. and aku isi masa lapang aku masa cuti ni dengan belajar. aku takde la buang masa. best sebenarnya belajar ni. baru aku perasan, yang aku ni minat belajar. sekarang ni aku duk umah sebulan, so aku rasa ilmu aku makin habis, sebab tu la aku nak sambung belajar cepat..
 bosan
Tuesday, May 15, 2012 | Tuesday, May 15, 2012 | 0 comments
when i'm alone, i try to fun. but it is too hard. so i decide to become more happier, muahaha.
oke, i know i'm useful, dumb or bla bla bla. but YOU TOO, bhahaha.
oke, sorry again. i do not mean it. but if it is true, i just can say congrates. HAHA.
am i crazy ? yes. i'm one of prisoners released from jail. HAHAHA :D
the truly is, AKU BOSAN.
k bye !
 cinta or sahabat ?
Friday, May 11, 2012 | Friday, May 11, 2012 | 0 comments
oke, cuba termenung kejap. bayangkan korang member rapat sangat ngan boy/girl ni. macam bestfriend forever la konon. tiba-tiba boy/girl ni luahkan perasaan. 'aku sebenarnya suka dekat kau'. ape perasaan korang ? mesti whoaahhhh, mate ngan hidung comfem beso kan ? sebab terkejut. haha. perempuan ni bukan taknak terima taw, sebab dia pikir, dia dah selesa ngan korang, gelak segala bagai ngan korang, dah anggap macam adik-beradik. tup2, boy ni berkenan pulak ngan girl ni, mesti arr pompuan tu rasa gugup. and pastu mesti ada jurang antara boy and girl ni. girl ni pikir, kalau korang kapel, mesti nak macam cover-cover kan. so cam tak best la. nak macam kawan, boleh gelak tak ingat dunia punya. and most thing is pompuan tu pikir taknak kehilangan boy ni. ok, for example la kan, boy and girl ni dah kapel, pastu putus pertengahan jalan. mesti pastu boy or girl ni segan nak contact or jumpa balik. sebab tu lah girl ni taknak terima. and moreover, kemungkinan girl ni pernah ada kisah silam yang buruk. so renung2 kan la..ngeee
 syukur
Monday, May 7, 2012 | Monday, May 07, 2012 | 0 comments



sedih ke gembira ? first of all, alhamdulillah aku dapat. daripada tak dapat. ye tak ? mula-mula aku gelak, sebab course tu kelaka and aku main2 amik course tu, tiba-tiba dapat. then, lepas ayah aku tanya tadi, and dia bla bla bla. ok, aku nyesal. sebab aku buatkan ayah termenung kejap. aku taw ayah ngah fikir pasal aku. aku nak buat dia bangga dengan aku, bukan buat dia terfikir-fikir pasal aku. T . T aku sedih. aku ngaku aku nangis ! sekarang aku tengah tunggu result UTHM, hope result tu dapat bangga kan ayah. Amin, seriusly aku serba salah dengan ayah. T . T
 hadiah SPM
Sunday, May 6, 2012 | Sunday, May 06, 2012 | 0 comments


thanks a lot ibuu, hee ! babe, serius surprise gile !! sebab nape ? meh cek ceciter sikit. sebelum last aku balik rumah hari tu, ibu call tanya,

'guna besta tak?'
'kenapa?'
'jawab dulu, guna ke tak?'
'tengok la keadaan, kalau bendul english guna jugak, guna dictonary la, nape? ibu nak belikan kerr?'
*letak ganggang.
hampa, soalan aku tak dijawab, sob sob. pastu aku takde la terpikir pape. sampai je rumah,

'ibu, hari tu tanya nak beli besta untuk byla ke? hehehe' *sengih2
'ingat nak beli besta, last2 beli camera digital je, touch nye, ayah kata membazir beli besta' *agaknya ayah nak aku rasa susah dia dulu kot, guna kamus.haha
'heeeaa ? mane ?'
'jiha bawak pergi kem'
'oohhh'

memang aku tak terfikir lansong ibu beli camera tu untuk aku. so aku pon lantak kan lah. then, ayah pergi melaka nak tolong cikgu zarina urus budak2 kem. cikgu zarina time tu terpaksa balik sebab husband meninggal. *innalillah..
balik je ayah bawak balik camera. ok, time tu serius aku tak syak pape.

sampailahh ke hari konvo aku, ibu bawak camera tu, macam biasa la kan. nak snap gambar i tengah konvo, haha. snap punya snap. aku pon blurr tak taw pape. then on the way balik segamat. rasanya dah sampai segamat kot, ibu cakap

'camera tu awak punya sebenarnya'.
'heaaaa ? lahh byla punya, byla boleh simpan la ni?'
'simpan la. ibu tak beritau sebab nanti awak bawak pergi sana.'
'laaaa.'

then mesej ayong.
'byla dapat camera nikon coolpix ibu kasi'
'tw dahhhhhhhhh'
'bile taw?'
'lame dahhhhhhhhh'
'cehh, bukan nak beritau byla'
'surprise laaa'

erghhh choyy, pandai korang ea. aku takde syak pape lansong. haha, by the way, terima kasih ibu. :)
 kahwin ?
Saturday, May 5, 2012 | Saturday, May 05, 2012 | 0 comments





woah ! *sambil terbeliak kan biji mata. aku teruja gile ! tiba2 terpikir pasal kahwin. hahaha, hok alohhh, lumrah le tu, badan and umor teman ni pon dah boleh kahwin kalau dah sampai jodoh. tiba2 rasa nak berangan. hehe, ulat bulu dah naik daunnn ! hahaha, biaq pi lahh. ni hanya berangan semata-mata. kalau boleh la kan, aku nak husband aku nanti pakai baju seragam pilot. save sikit budget, tak payah beli baju, pakai je baju kerja, bukan orang tau pon kan, alaa, clorox sikit baju tu pastu letak nila sikit, hahaha, tak senonoh aku ngaja. pastu invite semua kengkawan laki aku, suh diorang pon pakai baju seragam. kalau boleh pinjam dua orang, nak jadik pengapit aku nanti, hahaha..transpot untuk pengantin pulak aku tak nak naik kereta, nak naik kapal terbang, kalau boleh kapal terbang yang masa mula2 dicipta, haha nak old school punya pasal. kengkawan laki aku plak datang ngan kereta2 mewah, baru makcik2 kampung gosip sikit, hahaha. entah2 makcik2 yang datang kenduri mesti tak jadik makan, yekla, kenyang tengok jejaka2 hensem yang datang. kad kahwin, kek, bunga rampai, hadiah tetamu semua nak bentuk kapal terbang, aku tak kira, nak jugak ! hihi..oke lerr, sampai disini saje lerr teman berangan.
sejak2 belajar uthm ni, tertarik pulak aku dengan aero, tu yang berangan, hahaha, ok jangan perlekehkan aku. hihi