Byla Bella ∞
 aidil adha
Friday, October 26, 2012 | Friday, October 26, 2012 | 0 comments
OHOIII, Salam Aidil Adha ha ha ha ha. tarikh update : 26 Oktober 2012. 


bangun pagi kul 6.30 pagi untuk solat pastu belek-belek nset, ada orang viber, whatsapp, fesbuk, msg and miscall. hamik kauuuu ! lengkap sume ade. haha. layan sampai pukul 7 pagi. then ibu suh gosok baju kaum adam dalam rumah ni. aku pon taktaw mana tercampaknya baju diorang. aku main ambil dalam bakul, entah baju sape aku pon gosok je. asalkan warna kuning emas baju tuh. gosok gosok letak kat kerusi, pandai-pandai la cari mana satu baju. masing-masing badan sama. *cehh, padahal adik beradik aku perempuan semua badan sama. nak tempah baju senang. 'kak, ni kain, ni baju contoh. copy paste empat ye'. haha

lepas tu lipat baju yang belambak dalam rumah. lepas solat jumaat pergi rumah tokmak. 
raya Aidil Adha raya dekat Segamat jek. Rumah Tokmak. Macam biase la kan. Raya Aidil Fitri rumah opah dekat Perak. Okay adil. Nasib baik ada dua raya. haha. Makan rendang tokmak auwm auwm hingga menjilat jari serta kuku. Ohhh sedap nyeee. Tak lupa jugak rendang ibu muah muah. Terbaekkkkk !

balik rumah je myra call tanya datang rumah tak. aku pon mintak izin abang nak bawak moto, aku pon vroom sampai rumah myra. ada tihani kat stu. datang pulak syami. haaaa, sian kau jalan kaki ye, takde moto ye, hahaha. sesuka suki je suh aku jemput. lain la aku bawak kete, aku dah lama jemput.

lepas tu mak myra ajak pergi rumah cikgu madnor. aku pon okayy kan aje. jumpa ckgu madnor, Alhamdulillah dia dah sehat. dia ingat aku lagi. huahuahua. dia cakap 'kirim salam ayah ea. anak cikgu jasmin'. dia beritau kat ayah myra. ayah myra pon cakap 'ha taw'. okayy kat gemereh memang gelaran anak cikgu jasmin tak penah putus. agaknya kalau aku dah kawin nanti pon same. lagi-lagi kawan-kawan aku, tak penah habis dengan perli tuh. bosan dahhhh dengar. aku memang tak kecik hati dengan perli dorang tuh. kalau melampau sangat aku maki hamun jekkk. teringat pulak masa form 2, ayah aku baru tukar ke sekolah aku. ada sorang senior ni ngutok bapak aku. depan-depan pulak tuh !! haaa, hamik kau aku maki hamun macam-macam. terus terdiam. dia nak cover depan kawan dia punya pasal, dia gelak-gelak. ntah pape, jangan ingat aku budak kecik masa tuh, aku takut dengan senior? tak gentar laaa weh. ramai lagi aku penah sound sebab gurau melampau. kalau sikit-sikit boleh bawak gelak jugak arr. aku bukan jenis sensitif. sebab tu la sampai sekarang tak berenti kena bahan je aku nih. chill la kan ;)

okayy, dah tu je nak citer. daaa :)


 pra feskon hari kedua.
Monday, October 22, 2012 | Monday, October 22, 2012 | 0 comments
roti singgit duaa ! *dialog tipu semata-mata




macam biase la keje aku tulis sijil. haishhh.

tu aku ! tu aku ! haha. kemas barang tuk balik.



see see ! ramaikan yang nak derma darah.



pehh aku tak taw la camne hidup dalam bilik gerakan ramai-ramai cam ni.

okay. ni pembantu aku. Farid nama diberi.

aku tak taw la ape abang madi buat tuh. ada la tuh nak kena kan.

pandai kau ea teha ngurat abam MPP.

kesian la hai akak nurse ni angkat berat-berat.

mase untuk like page chipster tuk dapat chipster free. haha. aku 3 kali dapat. first and second like fb la kan. third, aku pergunakan arahan abang apuz bila dia minta suh amik kan 2 bungkus chipster tuk prof. ingat nak amik 5. melampau pulak kan. amik jela 2, lebih tuk aku. muahahah. hidup kena bijak beb. hee


pembantu and ketua yang asyik berkepit. couple ke ? diorang kawan dari pradip. kawan saya jugee. ngee

patung chipster. aku tak main pon T__T


pertunjukan daripada kolej TSN.

'aaa, berat tu cukup laa'. hahaha, aku ingat lagi ayat abang awi. besar gedabak ni berat tak cukup ? haha. hadoi.

semua pic ni aku amik daripada fb kak Noor Hazarina. search la fb dia. Thanks kak kite copyy. hehe

malas nak taip panjang. ni pon cukup la kot. :) bye !
 pra-festkon hari pertama
| Monday, October 22, 2012 | 0 comments
17hb dan 18hb Oktober 2012. tarikh apakah ? tarikh feskon. feskon tu ape ? Festival Konvo. aku jadi Ketua Unit Kesihatan for the FIRST TIME. homaigod ! homaigod ! macam tak caya. dah la aku baru je masuk sem I dah macam program aku join. lepas ni memang aku ditakdirkan jadi Ketua Unit Kesihatan sampai bila-bila la gamaknya. =,=' <-- abang madi cakap. takpe, aku belajar sikit-sikit.


haaa nampak tak banner besarrr punye nih ? tak nampak lagi, tak taw la den nak cakap ape.

masa 17hb Oktober 2012. mula la kerja aku bila Hospital Kluang datang untuk Kempen Derma Darah. Unexpected, ramai gile nak derma darah !! uww, tak sangka mak jemah k. kerja aku ? tulis nama penderma dekat sijil. masa Hospital Kluang datang, takde la aku bosan sangat tulis sijil sebab layan kepala kak min. asyik gelak je aku sepanjang tulis sijil tu. pastu sebok recommend aku dekat penderma kat situ. tersipu malu aku. hahaha. pastu sesuka suki ngaku aku anak saudara dia. hahaha, hadoi kak min nihh.


hah ! tengok cara dia gelak je dah taw kan macam mana dia ? haha.

okayy next, akak-akak nurse yang comel2 tengah set up tempat supaya penderma-penderma terasa dihargai. eh yeke ? yelaa kot~~



tengok !! belom settle set up tempat dah datang penderma-penderma yang bermurah hati derma darah yang merah menyala. *ishhh seram bayangkan darang banyak-banyak. diorang tak sabar nak derma. caya lahhh ! wa tabik spring balance !

abang apuz kena interview oleh ucitv UTHM.

aku pon kena interview jugak !! malu k maluuuu. dia suruh cakap pasal kempen derma darah. terangkan nama sape, jawatan ape and banyak la lagi. aku tanya dia, 'kalau gagap or salah cakap boleh cut tak ? hehe'. dia gelakkk pulak. bertambah2 malu akuu. aku ngaku memang aku gagap habis !! aku tak taw kot nak cakap ape. dush dush dush !

k ni diorang tolong aku set up kan bahagian cenderahati untuk penderma. terharu ~~ diorang even bukan unit aku tetap jugak tolong. love korang muah muah laa. trimas yo ! yang pakai baju kelabu tu encik Bala. dia strict orang nye. gaya nampak macam boleh bawak gurau. nasib baik aku tak gurau2, kena muka serius sekali dengan dia, tak malu seumor hidup aku kannnn.


macam mana nak derma darah ? tak mencabar betol soalan. hahaha, belagak pulak. 1st, macam gambar atas ni. daftar dulu. then...
step 2, pergi kat kaunter ni untuk cucuk jari.  muahaha, sakit woo~ kalau boleh nak kasi lubang kat jari tu sebesar kacang. senang nak amik darah satu baldi. okay, tu tipu semata-mata. kat sini nak cek pH darah and jenis darah. dia cucuk sikit jee. alaaa, tak de ape laa. hahaha. mase turn aku, siap tutup2 mata lagi bila dia nak cucuk. penyakit pengecut ape ntah aku ni. aku takut dengan jarum doktor. jarum jahit2 tu, pandang sebelah mata jeee. kena tercucuk jari, lap. hahaha.


step 3, cek tekanan darah pulak. yang ni kan kejam sungguh. sebab apa kejam. haaa tu yang kita tak taw. *main-main je.

step 4. kat kaunter tu ade aku. nanti jumpa la aku. hewhew. ~(','~)(~',')~ even aku ni bukan doktor or nurse, tapi anggap jela aku macam doktor kat situ. hokeh ? doktor ape ? doktor tulis sijil penderma. hmm, boleh terima la gelaran tu. asal ada doktor. kau hado ? tak hado kan..hee. kat kaunter ni nanti jumpa kak min sekali. dia kasi uruskan bahagian blood bag. nanti dia yang tetapkan bape darah korang kena sedut. minimum 350ml. pada aku macam banyak. pastu kak min uruskan rekod penderma dalam buku and kasi cenderahati. aku ada cakap dengan kak min, nak derma darah tapi takut pucat nanti. dia kata nak bagi paling minimum. 350ml. aku cakap tu laaa paling banyak aku rasa T_T.

step last ! masa untuk baring atas katil yang empuk lagi selesa. yeke ? abaikan. kat sini la jumpa nurse yang cun melecun. mohon kak nurse baca ini, mana taw belanja  makan ke. mwehehe.

masa kempen ni berlansung, ada sorang pengsan and sorang muntah. pengsan tu tak taw sebab apa. maybe penat sangat. yang muntah tu sebab dia tak makan sebelum derma darah.

 ha ! sebelum aku lupa. sebelum nak derma darah kena la makan dulu, tidur biar cukup, tak period for women or bukan lepas habes period, berat 45kg ke atas, and derma darah lepas 3 bulan. maksud derma darah lepas 3 bulan, kalau dah pernah derma darah sebelum ni, dah cukup 3 bulan gap dia baru boleh derma darah balik. sebab darah tak sempat refill balik, dah derma. mau tak cukup darah nanti kan.

lepas derma darah pulak. ingat derma darah takde pantang ke ? hadeeee ! dalam sehari tu jangan buat kerja kuat. rehat je satu hari tu. jangan bersenam ! makan makanan berkhasiat yang boleh tambah balik darah. teringat pulak ade orang tanya 'dating pon tak boleh eh ?'. kak min jawab 'kalau kau dating macam filem hindustan tu memang tak boleh la. siap menari2 lagi ke kan'. memang aku gelak gile2 la kat situ. ape punye soalan laaaa.


salah satu program yang ada. nestle aiskrim yum yum. ramai pertikaikan, nape tak dapat aiskrim free? kata ada aiskrim free ? mana dia ? main game pon tak dapat. sebenarnya, mula-mula memang dorang kata aiskrim free, tiba-tiba last minit cakap tak jadik pulak. sebab takut diorang datang hanya tuk dapat kan aiskrim. kalau aiskrim habis diorang pon tak datang la kan. nestle ada buat satu game.


bola hamster. aku rasa macam nak beli satu letak kat rumah. macam best. haha. sekali kucing aku cakar, kempis !




antara booth yang ada masa program tuh. pic yang last sekali tu, abang tu edarkan kupon masuk legoland free untuk budak bawah umur. 12 tahun ke bawah. aku rasa macam boleh join, aku 11 tahun. muahahaha.

gambar last yang buat aku terharu. cantik sijil bang ? sape tulis. ngeh ngeh ngeh. takpe takyah mention. malu ~
 october girl
Sunday, October 14, 2012 | Sunday, October 14, 2012 | 0 comments
ce teka semalam hari ape ? haa, semalam hari ahad la kan. yeah pandai, geniuss ! ahad bersamaan dengan 14 Oktober. so, my birthday ! ahakss. semalam aku rasa birthday paling best sebab tak kena prank. aku paling takut bile birthday muncul. sebab dalam pale hotak aku, tepung tepung tepung ! seram k seramm. budak ni buatkan aku fobia. tahniah ! haha. biase la zaman sekolah tak lari daripada tepung bila birthday. so aku lah salah seorang mangsa nya sejak 3 tahun berturut. 3 tahun berturut-turut aku kena. mana tak fobia aku nih ! nasib baik birthdate aku kena masa cuti sem. so takde la ramai sangat budak diploma kat uthm nih.

semalam aku pergi BP mall layan cerita AKU TERIMA NIKAHNYA. sedih plus sakit hati plus sweet plus segala plus laahhh. tak termasuk plus highway okay. citer tu mula-mula sweet gile ! seriusss. tengok citer tu rasa macam nak kawin cepat. hahaha, miang budak nih. tengok last-last sedih. tapi last mesti ar bahagia. alaa, citer tuh takyah tengok pon takpe. last mesti bahagia. tapi dulik ape aku. adi putra ngan nora danish belakon. best kott. heee ~

sebelum tengok wayang, kasi penuh perut dulu. si Amir dengan Barkeh belikan aku kek. aku tengah tunggu makanan, diorang beli kek. tak ku sangkaaa~ tk ku dugaaa~~ lepas tu Farid lak lepas makan tiba-tiba hilang. tak expect pulak dia nak belikan something untuk aku. rupanya dia belikan roti coklat yang ada coklat banyak2 tuh. haha aku tak taw nak explain camne. nak snap pic tak sempat lak. dah masuk dalam perut. malam tu pulak abang senior, Madi ajak lepak mamak. aku pon join jelaaa. rupanya Madi nak kasi coklat cadbury. aku dengan teha dapat. sebab teha besday dia dekat2 je dengan aku. OKAY LAHHH, BYE !