Byla Bella ∞
 aidil adha
Friday, October 26, 2012 | Friday, October 26, 2012 | 0 comments
OHOIII, Salam Aidil Adha ha ha ha ha. tarikh update : 26 Oktober 2012. 


bangun pagi kul 6.30 pagi untuk solat pastu belek-belek nset, ada orang viber, whatsapp, fesbuk, msg and miscall. hamik kauuuu ! lengkap sume ade. haha. layan sampai pukul 7 pagi. then ibu suh gosok baju kaum adam dalam rumah ni. aku pon taktaw mana tercampaknya baju diorang. aku main ambil dalam bakul, entah baju sape aku pon gosok je. asalkan warna kuning emas baju tuh. gosok gosok letak kat kerusi, pandai-pandai la cari mana satu baju. masing-masing badan sama. *cehh, padahal adik beradik aku perempuan semua badan sama. nak tempah baju senang. 'kak, ni kain, ni baju contoh. copy paste empat ye'. haha

lepas tu lipat baju yang belambak dalam rumah. lepas solat jumaat pergi rumah tokmak. 
raya Aidil Adha raya dekat Segamat jek. Rumah Tokmak. Macam biase la kan. Raya Aidil Fitri rumah opah dekat Perak. Okay adil. Nasib baik ada dua raya. haha. Makan rendang tokmak auwm auwm hingga menjilat jari serta kuku. Ohhh sedap nyeee. Tak lupa jugak rendang ibu muah muah. Terbaekkkkk !

balik rumah je myra call tanya datang rumah tak. aku pon mintak izin abang nak bawak moto, aku pon vroom sampai rumah myra. ada tihani kat stu. datang pulak syami. haaaa, sian kau jalan kaki ye, takde moto ye, hahaha. sesuka suki je suh aku jemput. lain la aku bawak kete, aku dah lama jemput.

lepas tu mak myra ajak pergi rumah cikgu madnor. aku pon okayy kan aje. jumpa ckgu madnor, Alhamdulillah dia dah sehat. dia ingat aku lagi. huahuahua. dia cakap 'kirim salam ayah ea. anak cikgu jasmin'. dia beritau kat ayah myra. ayah myra pon cakap 'ha taw'. okayy kat gemereh memang gelaran anak cikgu jasmin tak penah putus. agaknya kalau aku dah kawin nanti pon same. lagi-lagi kawan-kawan aku, tak penah habis dengan perli tuh. bosan dahhhh dengar. aku memang tak kecik hati dengan perli dorang tuh. kalau melampau sangat aku maki hamun jekkk. teringat pulak masa form 2, ayah aku baru tukar ke sekolah aku. ada sorang senior ni ngutok bapak aku. depan-depan pulak tuh !! haaa, hamik kau aku maki hamun macam-macam. terus terdiam. dia nak cover depan kawan dia punya pasal, dia gelak-gelak. ntah pape, jangan ingat aku budak kecik masa tuh, aku takut dengan senior? tak gentar laaa weh. ramai lagi aku penah sound sebab gurau melampau. kalau sikit-sikit boleh bawak gelak jugak arr. aku bukan jenis sensitif. sebab tu la sampai sekarang tak berenti kena bahan je aku nih. chill la kan ;)

okayy, dah tu je nak citer. daaa :)