Byla Bella ∞
 program-program
Thursday, September 6, 2012 | Thursday, September 06, 2012 | 0 comments
sejak dua menjak nih. aku rajin pulak join aktiviti2 UTHM. masa last year sekolah, rajin jugak aku join macam2. sampai ayah aku kata dah banyak dah tu sijil. aku pon berenti kan la kejap. dekat UTHM sini mula2 aku libatkan diri dalam program Majlis Sukarelawan Universiti-universiti (MASKUM). so aku dapat kawan dari pelbagai universiti. yang aku ingat universiti UPNM, Uitm, UMT, UniMas, yang lain aku tak ingat. hahaha. lepas aku join program ni, aku dengan kawan2 aku yang lain jadi AJK sukarelawan. kejap kan ? baru masuk dah jadik AJK. bangga, bangga !



ha ni group aku. aku jadik fasi dekat budak darjah 5 dengan 6 di UPM kot. entah la aku tak ingat. diorang comel sangat ! nakal tu semestinya la kan. biasa la setiap budak mesti nakal. hahaha. macam aku tak, sopannnn je mase sekolah. :p

lepas tu aku TERrajin join program syahdu ramadhan dekat masjid besar UTHM. tersangat penat. tapi tersangat enjoy. orang selalu cakap, alaaa sukarelawan bancuh air je. haha banyak la kau punya bancuh air. ingat kije tu je ke ada. banyak la keje lain ada. orang yang tak join rugi gila. tak rasa enjoy join program2 ni.



ha ni anak2 yatim yang dijemput masa majlis berbuka kat UTHM tuh. ada sorang budak perempuan nih tibe2 datang kat aku. 'akak ni comel la'. hahaha. bengang tak bengang aku. akak ni tak comel pon la dik oi... tiba2 suh aku add dia kat fb. then aku suruh dia add aku dekat fb. dia amik nombor aku. ada la masa aku nak balik rumah, dia wish selamat berbuka. :)

then aku join pergi sambut merdeka dekat bukit jalil. best sangat. brader2 dengan akak2 senior yang join ni tersangat la caring. ada abang ni cakap 'sape2 yang terasa bawah umur tu, 94 ngn 93 sila ikut saya' hahaha. taw la kiteorang ni sume kecik2 je.
best jugak la join sini. jumpa faeez. sumpah ! lama gile tak jumpa kau pak jabit. mula2 pergi stadium hoki bukit jalil. situ budak2 ipt je yang ada. then pergi stadium bukit jalil. situ almost 150k orang yang pergi sambut dalam stadium. tersangat la ramai. sampai aku pon rimas gile2. kat sana makan je kije. first dapat makan pizza. aku amik 4 kotak. hahaha. biaq pi la. pastu aku amik dua beg makanan. dah ada abang tu offer amik satu lagi. rezeki jangan ditolak. hahaha. then ayam kfc dua ketul. kalau aku ada masa pengagihan makanan tuh, dah lama aku amik 2 kotak ayam. then makan burger ayam kfc.



lepas tu pergi KPT dekat putrajaya. ada jamuan raya. kat sana bangunan dia sumpah cantik. sampai aku terfikir-fikir, macam mana arkitek tu buat dalam autocad. hahaha. tu yang aku pikir. maklumlahh, time tuh baru lepas siap kan pelan rumah aku guna autocad. tersangat penat and complicated. sebab malam tu kena email puan baizura sebelum pukul 12 malam. tak gila aku nak siapkan dalam satu hari. hari isnin hari tu aku tak sempat nak landing atas katil. balik kelas, ambik laptop terus kejar2 naik bas pergi kampus bandar then install autocad 2010. aku punye 2007. yang sangat memilukan bila orang tu kata lappy aku tak boleh install autocad 2010 sebab aku guna windows vista. so lepas habis sem ni aku nak install windows 7, then install autocad 2007.



hari jumaat pulak aku join berbasikal. sempena sambut DS khaled. lepas tu pusing2 UTHM naik basikal. then masuk bilik online.



hari ahad ni pulak jamuan raya dekat kluang. hahaha. aku rasa ibu mesti cakap, aku ni asyik berjalan je. mana taknya, masa pergi UKM aku msg ibu 'byla pergi UKM ada program sukarelawan'. masa program dekat masjid aku mesej ibu lagi 'byla ada sukarelawan dekat masjid'. 'byla pergi bukit jalil sambut merdeka'. 'byla pergi putrajaya ada jamuan raya'. hahaha. tension kan mak aku. tapi takpe, yang penting enjoy kan.

ada program under koko kelanasiswa. pergi stesen minyak agih2 bubur lambuk. tu lagi laaa, ngadap masyarakat macam2 ragam. setiap kali aku kasi bubur 'ni bubur lambuk ikhlas dari UTHM. sedappppp. nak satu ke dua ?'. mesti diorang nak dua punya kan. hahaha. sampai ada pakcik ni mintak lebih sebab family ramai. ada yang tak keluar kete sebab ingat kiteorang jual. ada yang terlebih excited seorang abang ni. siap puji UTHM. 'bang ni bubur lambuk. tak payah bayar. free je.' 'dari mana nih ?' 'UTHM'. 'ohh, universiti tu lawa kan'. 'ha'ahh memang lawa ^^'. mentang2 dah dapat bubur lambuk, terus puji bagai ehhh. malam tu pulak budak ni sume balik. aku dengan kawan aku yang lain tolong hidangkan makanan untuk pelajar kelana siswa berbuka.

apa-apa pon semua aktiviti aku join ni sedikit sebanyak kasi aku pengalaman macam2. tersangat la best ^^.

okay laa, tu je. tak lama lagi aku final exam untuk sem 1 ni, wish me luck k. terima kasih :)