kawan ?
Saturday, July 28, 2012 | Saturday, July 28, 2012 |
0 comments
semua ada kawan kan ? so tak pelik la kita boleh jumpa macam-macam jenis perangai. yang baik, yang pandai berkata-kata, alim, cantik, popular, agresif, garang, tak matang and macam-macam la. kadang-kadang kita macam benci dengan kawan kita tu. kadang-kadang jugak, kawan kita tu boleh jadi orang yang kita minat dalam senyap. kawan ni besar option dia. kawan jugak kita boleh jadi sebagai penumpang popularity. how to being a good friends for your friend? aku ada juga nasihat sikit-sikit. aku ni pon bukan la bagus sangat dalam bab kawan ni. bukan semua orang suka kawan dengan aku kan? mesti ada yang benci or iri hati dengan aku. aku ada la juga interview orang macam ala-ala melodi tuh. nak jugak merasa jadik kiah propa. haha..
first orang interview, ibu pertiwi. haha. my mom okayy. actually, aku tak taw sebenarnya sape orang first aku interview. aku main tibai je. tapi anggaplah macam betol. aku tanya pendapat ibu, ibu kata jadi la orang penyabar. *yeje ibu cakap cmnih? anggaplah macam kisah benar*
huraiannya pula, kalau orang buat kita, sabar okay. cerita kat orang yang betul-betul kita percaya. seperti ibu pertiwimu, kakak-kakak mu, dah segala bagai yang boleh dipercayai la. second, jangan percaya orang yang baru kenal. mana la taw dia jenis yang boleh simpan rahsia. tapi dalam masa 24jam je. cis, kanak-kanak ini memang tak boleh dipercayai. sekali terkena jangan la story morry lagi, nanti bertambah worry. ha kan dah berpantun aku.
okay third, dont act macam perangai budak sekolah lagi. tak matang tuh. nak bergurau sekali pun jangan la buat orang meluat or manyampah. and yang paling penting jangan la buat orang cakap kita ni tak matang melampau. kalau tak matang tapi masih boleh bergurau seperti umur kita sekarang tu dah kira okay la, orang pon senang dengan gurauan kita. please la, gurau secara berpatutan dan kena dengan tempat. bukan melampau tak matang GILA. sebelum orang lain tegur, baik kita berubah sedikit demi sedikit. jangan sebab gurauan kita hilang kawan. behave yourself.
forth, berdikari la sendiri. jangan semuanya kita berharap dekat orang lain, kita dah besar, segalanya boleh diuruskan dengan sendiri selagi termampu. bukan berharap orang suap kita. jangan fikir, kita masih kecil, parents treat kita macam budak kecil. time tu kecil lagi, so boleh la ditolong lagi oleh ibu bapa. sekarang dah besar, everything must depends on yourself. selagi termampu kita buat.
fifth, keluarkan kata-kata yang menyenangkan. bukan dengan kata-kata yang boleh menghiriskan perasaan orang lain. even satu gurauan, tapi hati manusia bukan satu gurauan. kalau dah terbiasa cakap dengan family sekalipun, try untuk mengubah kata-kata tu. orang boleh pandang serong oleh sebab kata-kata kita yang kesat tu je. setakat ni syukur Alhamdulillah la, ibu ayah dah ajar aku jangan sebut perkataan yang tak elok sejak kecil. kadang-kadang tu ada la jugak sebab pengaruh kawan kan.
sixth, jangan pentingkan diri sendiri. fikirkan yang lain juga. kalau certain things tu kita terpaksa abaikan kawan and pentingkan diri sendiri tu perlu juga, sebab bukan semua benda yang kita tak boleh jadik selfish. boleh jadik selfish jika melibatkan maruah diri, agama, bangsa, negara, dan most important, family.
seventh, jangan terlalu sensitif. kita hidup bukan zaman tadika lagi. orang marah, kita nangis. sekarang kamu, kamu, dan kamu kan sudah besar, dont be terlalu sensitif. tu boleh menimbulkan masalah antara rakan-rakan anda. bukan semua orang jadi apa yang kita nak, and bukan semua orang boleh ikut kita. so, kita juga perlu la paham dengan keadaan sekeliling. kita duduk bukan dalam dunia kita seorang. dunia ni kita kongsi, sama-sama la kita saling memahami.
setakat ni, ni jela kot aku boleh kasi idea. sebenarnya banyak, tapi tak terlintas kat benak fikiran aku nih. so, apa yang terlintas ni jela aku luahkan. apa yang aku tulis kan nih, bukan bermaksud aku ni perfect sangat, semua ni aku dapat dari sumber-sumber yang berpengalaman. yang pernah hidup di alam universiti, sekolah dan lain-lain. aku pon insan yang serba kekurangan dan perlukan didikan. akhir sekali, selamat beramal and selamat berpuasa !