zon selesa :)
Monday, July 2, 2012 | Monday, July 02, 2012 |
0 comments
act, aku tajuk aku kali ni pasal kehidupan aku yang serba selesa setakat ni. syukur Alhamdulillah aku di lahirkan dalam Islam, dalam family yang bahagia, pendapatan keluarga yang serba sederhana. bila aku masuk Universiti ni aku dapat kenal ramai kawan, so semestinya banyak perangai aku kenal kan. aku dengar satu persatu cerita daripada kawan-kawan, aku rasa beruntung dengan keadaan aku sekarang.
dari segi kewangan, orang lain bersusah payah dapat kan duit. parents kehulu-hilir mencari rezeki yang halal untuk anak-anak belajar. aku pula ? tiada masalah kewangan pon. ayah aku pula jenis tak berkira dalam hal duit, aku minta semua dapat. means tak semua la. macam handset, camera DSLR or blablabla tu semua tak dapat. aku maksudkan macam, barang-barang keperluan. aku rasa bersyukur sangat-sangat. dengar kawan-kawan mengadu kurang duit, aku simpati. aku tak mampu nak tolong dari segi kewangan. dari segi fizikal aku mampu tolong, InsyaAllah.
aku selalu dengar keluarga asyik gaduh-gaduh. terjebak dengan macam-macam masalah. family aku pula ? serba lengkap. bahagia, masih ada didikan agama oleh ibu bapa aku, dan macam-macam lagi. aku selalu cerita dengan ibu masalah-masalah yang aku hadapi bila masuk U ni. masalah dengan kawan-kawan and lain-lain. ibu pernah cakap 'cuba tengok bila awak dah bergaul dengan macam-macam orang, macam-macam perangai awak jumpa kan ? bila awak dengar cerita kawan-kawan awak, cuba awak compare kan dengan kehidupan awak ? awak minta semua dapat, keluarga takde masalah. awak pernah tak terfikir ? orang lain bersusah payah, tapi awak asyik membazir je. mak bapak orang lain bertungkus lumus cari duit, awak senang minta ayah, pastu senang ayah kasi.' . aku terdiam dengar. betul jugak apa ibu cakap tu. aku tak pernah bersyukur dengan semua ni. aku rasa aku tak pernah puas. aku masih ada family besar yang cukup ibubapa dan adik beradik yang ceria selalu. rumah yang ayah aku sediakan dah cukup besar untuk kami 8 orang keluarga menetap dengan selesa. kalau dibandingkan dengan orang yang susah, punya keluarga yang ramai, rumah pula kecil. oh aku bersyukur sekali lagi.
berapa hari lalu aku dengar ayah kawan aku meninggal. aku termenung sekejap fikir keadaan aku yang masih ada kedua ibu bapa aku. dalam bilik aku ni ada 2 orang anak yatim kehilangan ayah. aku tengok diorang sentiasa bahagia. tak ada pon rungutan rindukan ayah. aku bersyukur masih dikurniakan ibu bapa yang masih sihat dan waras. aku bayangkan kalau aku kehilangan salah satu, macam mana aku nak hadapi ? aku mesti tak dapat terima kenyataan. sebab aku masih bergantung 100% dekat ibubapa aku. aku tak dapat bayangkan situasi aku macam mana. Ya Allah, sihat kan la ibu bapa ku, panjangkan la umur mereka, dan murahkan la rezeki mereka. aku harap sangat, kalau Tuhan nak cabut nyawa orang yang aku sayang, cabut la nyawa aku dulu sebab aku tak mampu nak hadapi tanpa orang yang aku sayang.
minggu lepas kau pulang ke rumah. aku memang tak boleh kalau dalam 2 minggu tu tak balik rumah. nanti rasa macam tak semangat nak belajar. aku beruntung sebab rumah dengan kampus tak berapa jauh. paling kurang 2jam masa perjalanan. aku pulang ke rumah dengan menaiki bas, pulang ke kampus ayah yang hantar. aku rasa beruntung sekali lagi apabila ayah sanggup hantar. kalau nak di bandingkan dengan orang lain, pergi balik naik bas je. bila aku dalam kesusahan aku selalu merungut. :(
aku rasa bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku dengan keadaan yang serba lengkap. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. :')