Byla Bella ∞
 esok balik kolej
Saturday, August 25, 2012 | Saturday, August 25, 2012 | 0 comments
huaaa, aku malas nak balik kolej. aku tak sehat. so takde mood nak balik kolej. isnin ni aku rasa macam nak ponteng jek. malas laaaaaaaaaa. please lah ! aku malas okeh. tinggal satu bulan belajar, then satu bulan final. pastu cuti sem. oyeahhh, tu yang aku tunggu kan. raya ni aku rasa tak seindah masa zaman pakai kasut loceng2 jalan depan orang-orang dapat sepuluh hinggit. sekarang pakai jubah kasut tumit tinggi, singgit pon tak dapat. sedih wehh, sedihhh. sob sob. haha bukan apa aku tak kesah sebenarnya nak dapat ke tak kan. bukan aku batak sangat pon dengan duit raya. sekarang nih, aku rasa macam 'raya sambil lewa'. mana taknya, kawan aku yang ziarah sikit-sikit je. yang aku ziarah lak bape kerat je. mana la sempat kasi seminggu je cuti. kasi la sebulan cuti raya. raya kan sebulan. hahaha. mesti NC cakap 'banyak kau punya lemak'. haha. okay2 tak. tapikan macam tak boleh terima aku dah tak dapat duit raya. ini tak boleh jadi ! tak boleh jadi ! macam nak bawa kes ni ke mahkamah.

pada aku raya tahun ni tak la semeriah sebelum nya. biasa lah tuh, setiap tahun mesti ada perubahan kan. kalau takde perubahan, tak berubah la kita kan. kan kan kan ? sila angguk.so hadapi nya laaaa k. tahun ni aku sikit sedih la. tak taw la nape aku rindu si ex-pakpandir aku. nape aku panggil pakpandir ? bermula kisah aku post kat fb.

Teringat dulu pergi terawih sama2 macam pak pandir dengan mak mandir.
Suddenly remembered that moments :'(


start dari tu la aku gelar pakpandir. sebabnya, aku teringat masa pergi terawih. dia pakai kain pelikat, tshirt and kopiah. aku pulak pakai baju kurung, tdung, bawak telekung kat tepi. kelaka gile bile ingat balik ! masa tu aku tak terpikir pulak macam pakpandir and makmandir. cuma takde basikal je nak naik pergi masjid. hahaha. tengok ! tengok ! aku couple bukan buang masa taw. masa tu couple ke arah kebaikan taw. haha. aku teringat lagi sebelum puasa, kiteorang janji puasa ganti sama-sama. nanti awal2 set dulu masa nak puasa. ada sekali tu, berbuka sama-sama taw. tapi bukan time puasa ganti la, puasa wajib punya. time tu ada azwan and mira sekali. yang aku bengang gile2, aku cakap 'eyy nape minom kan puasa' dia jawab 'dah azan laaaaa'.bengang tak bengang macam nak seret muka kat jalan pon ade. si mira n wan gelakkan aku.. lepas berbuka sempat pulak aku ajak lepak kat expo, padahal ada kelas addmath malam tu. lepas lepak aku ajak jalan lagi. tapi dia tak kasi, suh masuk kelas jugak. haha, aku memang cenggini. asyik ajak jalan je. dia pon sabauuu jela masa tuh. n lagi satu, aku pernah tusyen personal denga dia kat rumah aku berguru kan cikgu sekolah lain. tapi kejap je dia tusyen. :(

ishhhhhh ! asal aku ingat semua dah lepas nih ? benda yang lepas tak perlu diingat balik ! tak perlu di senyumkan benda yang lepas ! erghhhhhh ! kenapa banyak sangat kenangan ? mana taknya, almost 3 tahun kot dengan dia. maybe takde jodoh kot or dia bosan dengan aku. aku ingat semua lelaki sama je, kecuali dia. sebab tu la aku tak berani nak carik lain. aku pon beri la sepenuh kepercayaan dekat dia masa dia belajar jaoh dari aku. walaupon aku taw ada perempuan yang kasi sesuatu dekat dia, aku cuba untuk percaya yang dia setia. sebaliknya yang terjadi. hampa plus sedih plus keciwaaa plus duka lara sumenye laaaa. dah nak setahun benda ni terjadi. tapi aku rasa macam baru je berlaku. aku rindu dia tiba-tiba setelah sekian lama aku lupa kan dia. tapi takde la 100% aku lupa. ingat la sikit2 je. tak banyak. tersangat sikit. tapi sekarang macam lagi banyak aku teringat kat dia. tak taw kenapa. aku pelik, ape pasal tiba-tiba dia muncul dalam fikiran aku balik. Ya Allah, tolong la lupakan dia dan apa yang telah berlaku. please lahhhh. benda yang berlaku tu dah jadi kenangan pahit n mimpi ngeri aku. dia buatkan aku susah nak percaya kat lelaki. orang yang usha ni pon aku fikir beratus kali nak terima ke tak. kalau aku terima, agaknya sampai bila boleh bertahan. tapi aku pon manusia biasa, susah untuk hidup berseorangan. setakat ni, Alhamdulillah aku dapat hidup seperti biasa. tapi tulahhhh, rindu barang yang lama susah nak lupuskan. biarlah aku pendamkan je rindu nih, nak luahkan tak berani, nak mesej tak taw nombor. kang cakap aku terhegeh-hegeh dekat orang yang taknak aku pulak kang. biasa lah tuhhh. so silent is better. :X

hari tuh member datang rumah. kawan aku si zulhelmi cakap aku kapel dengan member bone ? member bone tu pon aku tak taw sape. pastu dia cakap member bone minat aku masa pradip ? ehhh, sapekah ? yang aku taw, 2 orang je minat aku. aku bukan nak perasan la kan, tapi tu hakikatnya. hahahaha. okay2, betul aku tak perasan. 2 orang penah mintak aku jadik awek, tapi aku taknak. yang member bone aku memang tak taw sape yang dimaksudkan. lepas tuh, si hamdi ni pulak sampuk, 'ohhh dah ada orang baru bukan nak citer'. AKU TAK ADA SAPE2 LAGI LAAAAA. masa last berbuka dekat bp, aku berbuka dekat mcd dengan senior. aku nak balik, tergesa-gesa keluar. jap lagi ada brader ni panggil 'cepat2 sangat tu nak pergi mana?' 'balik.parents dah sampai'. 'ohhh, mentua ke?' 'ehhhh, mana ada. mak sendiri la'. zasssss, terus keluar. my mummy n my daddy menunggu. haha.

dah laaaa, jangan tanya aku bila nak dapat yang baru, mak mentua ke, ape ke. tu semua tak ada okayyy ! aku bukan trauma, aku berwaspada. luka mesti ada parut kan. parut nak hilang amik masa yang sangat lama. so parut tu la aku.

hidup ni umpama mimpi. bila kita mimpi indah, lepas bangun pasti kita teringat2 mimpi tu. tapi nak hilangkan mimpi tu, kita kena la mimpi cerita yang baru pulakkan. supaya mimpi yang lama dapat dilupuskan. haaaaa, sama jugak dengan aku. aku bermimpi indah sangat lama, tapi mimpi indah walaupun dah lama berlalu. nak lupakan mimpi indah ngan ngeri tu, aku kena la tunggu mimpi yang baru. maybe dia tak bahagia selama dengan aku and aku selalu buat dia sedih. semoga kau bahagia dengan dia. jangan buat dia macam kau buat kat aku dulu. *reda.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN