SEM BREAK: Learn to cook
Saturday, January 25, 2014 | Saturday, January 25, 2014 |
0 comments
Topik kali ini kalau aku share dekat fesbuk, twitter or etc comfirm OMAIGAD BELLA BELAJAR MASAK ? KAU MASAK APE WEH ? SEDAP TAK ? ACANE KAU BELAJAR ? SENANG LA LAKI KAU NANTI BILE KAU DAH RETI MASAK HEWHEW. Jangan risau, aku dah sedia semua jawapan. Kahkah advance kan.
Sebenarnya dah lama aku menceburi bidang masak memasak ni *flip rambut. Cuma penyakit pemalas ni melampaui batas dan cikgu tak ajar cara-cara nak elak jadi pemalas. Selalunya cikgu ajar cara-cara menjadi pelajar cemerlang. So aku dah cemerlang dalam bab pemalas. Terima kasih cikgu.
Masa zaman bebudak dulu ada la fe-feeling sikit pegang sudip bagai. Dulu aku bukan panggil sudip, aku panggil senduk. Wahaha tolong jangan gelakkan. Sebab aku tak tahu apa itu sudip. Bila aku tanya ibu mana senduk, dia akan jawap TU HAA GANTUNG KAT TINGKAP TU HAA dan ibu sangat memahami anaknya.
Around zaman sekolah rendah macam tu ada minat membuak nak masak. Bila datang rumah tokmak dia mesti buat lempeng cicah telur goreng sambal *kalau datang pagi* aku pon mencangkung sebelah kuali tengok macam mana tokmak buat HMM SENANG. Balik rumah dengan konon ilmu penuh di dada, masakkan untuk adik adik makan dengan nasi. Kesian dorang takde makanan. Tu je akak engkorang ni reti masak selain telur goreng atau telur dadar takde sayur. Hmm. *sayu*
Lepas itu bila ibu tak ada dekat rumah pergi meeting mana-mana ibu pesan NANTI MASAK LAA PAPE DALAM PETI AIS TU. Dalam fikiran terus TING ! UDANG MASAK SAMBAL. HAA acah-acah macam dah pro. Padahal baru tengok ibu masak sekali je. Pergi la keluar kuali sudip bagai. Masak. Hah siap udang masak sambal MASIN dan TAK SEDAP. Rupa je ada. Dengan confident letak dalam bekas hidang atas meja. Nak bagi ayah makan la katakan. AYAH TAK SENTUH PON. Sobs sobs nasib baik ayah dah beli lauk lain. Hahaha dalam harapan jugak tu.
Banyak lagi aku cuba-cuba masak. Lepas naik sekolah menengah tinggal semua tu. Bajet macam tinggal kat hostel. Padahal duduk rumah je. Kahkah then sekarang baru la start belajar masak balik. Before ni duduk rumah masa cuti panjang pon bukan aku belajar masak. Hanya tolong ibu masak setakat potong bawang kentang camtu je. Ada lah jugak sambil potong-potong tu ibu ajar MULA-MULA MASUK KAN NI LEPAS TU MASUKKAN NI PULAK LEPAS TUUUU. Aku pon IYEE. OHH. IYEE KEE. OHH dalam pada aku OHH OHH tu pon aku paham. Bukannya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Kali ni aku start belajar bebetul. Tengok adik aku tu pon belajar masak ikut internet aku pon try la jugak tengok buku resepi ibu tu. So menjadi hokehhh. Takyah tengok pon aku boleh buat. Cuma ingat jelah taktik ibu ajar.
So girls out there yang tak reti masak tu, jangan risau. INTERNET KAN HADOO. Masa kahwin tu, nak buat lauk untuk suami tercinta pon jangan risau. Sekarang gadget banyak kan. Bawak masuk dapur la ape lagikk. Tapi pastikan rumah korang masa tu pasang wifi untuk keselamatan. Kalau tak ada mampuihh la tak tahu nak masak. Hahaha back up plan kan. Kita wanita kena cerdik. mwehehe *gelak jahat. Asalkan laki korang tak kebulur kat rumah.
P/s: Kalau dah tengok internet pon masih tak tahu bawang besar dengan bawang merah tu acane ghupee, tepek dahi laa jawapnyaaa. Pandai-pandai laa kau hidup.