Cikgu Tadika :D
Wednesday, August 21, 2013 | Wednesday, August 21, 2013 |
0 comments
Kadang-kadang layan budak kecik ni hilang stress. Kekadang boleh jadik stress gile. Datang je 'ehh ehh cikgu baru'. Aku baru letak beg, sorang dah tegur
'nak panggil cikgu ape ?'
'cikgu nabila :)'
'ooh cikgu nabilaaaa'
Biase lah yang teruja gile babeng ni budak perempuan.
Aku pon masuk la bilik budak 5 tahun. Boleh tahan riuh. Lepas tu duduk depan dekat meja budak2. Mula-mula aku jumpa nama dia Sazmil. Camni agaknya eja. Budak ni banyak gile mulot. Aku suruh buat math, tak siap-siap. Alasan dia
'susah laa cikgu'
'tak reti la cikgu'
Masalahnya, bila aku suruh kira ade je benda nak citer. Aku suruh keluar jari nak kira, dia keluar kan jari. Belom sempat kira dia dah bercerita lagi. Kekadang aku terkena jugak dengan budak ni.
Lepas tu budak laki yang lain nakal tu jangan cakap la. Aku suruh duduk siapkan math, dia duduk kejap. Bila aku ajar budak lain, hilang yang nakal-nakal tu pegi berlari.
Heyy sabo jelahh.
Budak pompuan kebanyakannya baik. Sopan je. Buat kerja pon kemas. Ade sorang ni nama dia Dania kot. Keje math belom siap. Dia dah tanye
'cikgu2, lepas ni kita main tanah liat nak?'
'boleh. Tapi kena siapkan math dulu baru boleh main'.
Lepas tu memang semangat dia buat. Tk sampai bape minit bising lagi mulot dia.
Ada sorang lagi budak pompuan. Comel memang comel. Nama dia Anis. Dia asyik bisik macam-macam pasal kesalahan org. Aku pikir budak ni kalau dah besar mesti batu api kuat nih. Kecik-kecik dah camni. Hahaha
Pastu si Sazmil pulak tanye
'cikgu saya tkde buku. Boleh main jugak ?'
'tak boleh laa. Awak tkde buku. Mana boleh main'
Muke dah lain,
'kalau sy nangis nanti camne ?'
'kalau awk nak main, duduk diam jangan bising'.
Lepas tu dia duduk diam. Hahaha bagus. Dah la budak tu comel gile. Putih gebu. Tembam lak tu.
Masa main tanah liat si Sazmil tunjuk kat aku
'cikgu ni k***k'
'apee ??'
'ni k***k'
'APEEE ??!!'
'ni k***k'
'haishhh !! Ape pasal buat benda tak elok'
Tah sape ajar budak ni tah -,-
Sazmil ni pukul belakang sorang budak ni. Budak ni pon ngadu.
Sazmil ni terus masuk bawah meja.
'Sazmil awak jgn la main pukul-pukul'
'...(diam)'
'awk buat ape bawah meja tu?'
'nanti cikgu marah saya'
-_-
Kau duduk jelah bawah meja tu. Tunggu dah habis merajuk baru tegur balik.
Yang bab menyirap nye, ade budak ni. Aku tengah duduk kat meja. Main twitter. Dia sergah aku dari belakang. Aku tak terkejut. Kali kedua dia sergah lagi, dia pegang tangan aku. Terpelanting 360 degree sebelum mendarat kat simen pastu tercabut casing. Eyyy, dalam hati ni menyirap je. Pikir mak dia ade kat sini. Aku diam je.
Layan budak memang seronok. Dapat yang ngade lebih, sabar pon kena lebih laaaa. Papepon memang seronok layan budak-budak. Sebab tu la ibu selalu cakap, bila pergi tadika hilang stress kejap ngadap perangai budak-budak. Memang betol la tuh. Balik dari tadika aku terus pening. Tido tak bangun-bangun petang tu. Hahaha