Byla Bella ∞
 I'm home guys
Sunday, December 22, 2013 | Sunday, December 22, 2013 | 0 comments
Kejadah apetah kali ni. Dah dua hari aku tersasul. Fefeeling kat batu pahat. Padahal gua dah bahagia kat rumah sekarang. Tengah tunggu keseksaan balik asrama tak lama lagi. Bebudak yang duk asrama sampai terngigau ngigau duk rumah. Aku ni pulak terbalik. Duduk rumah, terngigau ngigau kat asrama. Bebai sangat dah ni. Malam tadi beria cerita dalam on call ajet ajet kat asrama. Sekali kena soal "awak kat asrama ke bp ?" k kena setepek kat kepala. RUMAH LA BEB RUMAH !! Hadoii. Tadi pagi eksaited sangat update moment "petang ni balik rumah. Pastu start study" sekali roomate komen "petang ni balik rumah ? Kau ktne ni bella" hahaha gelak guling kejap. AGAIN !! Stress kejap. Ape yang gua tengah berangan pon tktau. Ahh persetankan semua tu.
Ekceli, next week bakal mengadap final exam semester 4. Then masuk sem5 -- Latihan industri -- sem LAST !! Huarghh I cant wait for that precious moment. Cukup lah dapat banggakan ayah aku kejap pon jadi lah. Nanti terpampang frame ketiga graduation day besar bapak punya iaitu aku dengan family kat almari ruang tamu. Arghhh tak shabarnyewww kitewww. Setakat graduate diploma pon gua rasa dah cukup puas. Asalkan terkumpul frame anak ayah kat atas almari tu. Hikhik nak nanges rase, sobss. Y aku mention ayah je ? Pada pandangan aku, ayah yang sebok kehulu kehilir demi masa depan anak dia. Sanggup keluar duit beribu riban demi anak belajar. Pastu hantar jemput merata rata. Tanpa sebarang keluh mengeluh bagai. Beb anak mana yang tak terharu cenggitu kan ? Huaa, rasa nak nanges. So touched. Uhukk k gedik.
Kenapa aku tak mention ibu ? Sebabnya cukup lah aku ringankan kerja ibu. Kemas rumah dan blablabla. Even ibu tak masak malam, aku taknak ngarah bagai. Aku ni dah anak dara. Dalam bape hari lagi umor aku takde angka belas belas. Masuk puloh puloh lak. So sendiri paham la kannn.
Okayy dalam masa beberapa hari lagi, masuk lah umor pulohan. So gua dah boleh kawen. Yeayy !! Takde la orang tengok aku kawen dalam belasan tahun. Bila dah masuk pulohan tahun, orang akan kategorikan, kawen awal. Bukan kawen muda uollssss. Kahkah. Dalam bape hari ni aku asyik stalk insta Fynnjamal je. Very inspiring me kauuu. Dia kawen dalam umor 26. So skg mungkin dia dah masuk era 30-an. Then ada anak kecik. Dah 30-an ada anak kecik ? What ??? Anak pertama tu kot. So dengan kata lain la kan, gua nk kawen awal !!! Target lepas habes diploma or degree. Attention ye kepada laki gua sekarang ni. Plis alert. Gua dah besar, pemikiran gua masih lagi waras dan matured-- ye matured k. Pastikan ada kereta honda accord or civic or crz or crv or paling koman pon honda jazz. Then rumah sejibik. Pastikan bukan rumah kos rendah. Untuk permulaan, kos rendah boleh diterima. Mungkin nak tunggu rumah kekal yang lebih selesa untuk anak 10 org. Kahkah Kalau boleh rumah atas tanah sendiri. So boleh la gua design atas minat yg aku nak. Kepada laki gua yang dikasihi sekarang ni, alert k. Bukan nak demand, nak bagi budak tu motivate sikit belajar bebetol. Bio dapat gaji tinggi. Boleh sara anak dara orang yang demand ni. Then boleh hidup bahagia. Takde la kais mengais, ikat perut semua tu bagai. Sekarang ni semua nak naik. Nak melantak pon kena ada duit. Kalau takde duit tak ke mana oii. So so so, belajar bebetol hokeyyy. Jangan ingat couple untuk memenuhi agenda zaman remaja sekarang je. Couple pon kena pikir masa depan. Call memanjang. Dating kena nyorok nyorok. Maklumlah belom sah kan. Nak dating dalam kete memalam kang ada kena tangkap. Takpon DOSA ALLAH NAMPAK. Takkan nak lalui sampai ke tua. Tak merasa bercicit la aku ni syg oii. Okay okay camnilah. Bak kata omputeh, deep from my heart la kan, memang aku niat sekarang ni kalau boleh couple sampai kawen. He is the last and the only one-- bukan ayat budak hingusan or ayat budak mintak gegula okayy. Sebab tu la kalau boleh aku nak terbaik untuk diri aku. Couple bagai nak rak, lepas kawen pakai moto kapcai. Kalau boleh elakkan lahhhh. Macam aku katakan tadi, sekarang semua harga dah naik. Takkan la nak biarkan diri ni terseksa dengan suami tersayang. Sebab ni lah aku nak belajar bebetol. Even suami aku nanti kalau gaji tak berapa tinggi, aku boleh support sekali. Kata suami isteri, kan elok saling bantu membantu. Takde la laki aku nanti botak kepala pikirkan duit. So marilah kita sama sama botak sekali pikir belanjawan keluarga. Kahkah. Aku nak husband ciri ciri nya macam ayah. Aku taknak la elaborate kan pasal ayah. Tapi dia adalah super-ayah dalam hidup aku. Walaupun penah kena lempang masa kecik, itu lumrah kepada anak anak sebab menipu tak buat latihan dalam buku yang ayah beli. Hahaha okay abaikan yang tu. Yang penting ayah dah buat terbaik untuk anak anak, dah bagi kami ni keselesaan pada tahap raja --k ni melampau. Tempat tinggal yang cukup selesa. Transport yang mencukupi dan segalanye lahhh. Lepas tu tersangat sangat bertanggungjawab. Kalau ayah tak ada masa aku masih belajar ni, i'm one of your daughter will crying all over the night before sleep and after solat.
Mungkin sampai sini jelah kot gua nak mengomel. Penah naip. Macam panjang pulak rasa haha kang ada yang meleleh air mata ni kbai :*