ciri-ciri perempuan diminati lelaki
Friday, June 18, 2010 | Friday, June 18, 2010 |
0 comments
kadang kadang la kan. mesti girl girl yang berjantina perempuan nak tau ape laki x suka n laki suka. kekadang aku pon terfikir gak. nih kat bawah ni, aku penat mencurik dari artikel dalam internet nih.
1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.
*haha. aku kekedang mmg suke bangkang membangkang ni. tringin nak jdik hakim..
2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
*aku benci org jlan seret kaki. dah mcm antu..woo~
3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.
*aku pon xsuke. kalah badut fun fair. kang badut2 kne pecat pulak. haha
4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.
*emm aku cadangkan la... pancitkan tayar moto! aku pasti, mesti die xkan lupe memory nih.
5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
*yang ni aku payah sikit la. aku cume tegur gitu2 ngan adek die jek. abg die lak, penah chat kat fb sekali.
6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
*kalau aku ni dah dikata kan budak, xkan la nak jadik org tua. aku x nak !
7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.
*agresif? jap jap aku nak carik dalam kamus dewan. aku ni dungu sikit. sikit jek eh.xbanyak..kau jgn nak tambah2.
8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
* lebih ok kalau korang karoke sekali dlm fon tuh
9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.
*nak lalu depan org nga lepak, kene la tunduk. tande rendah diri. haha. xde kije aku nak buat mcm ni.
10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
*mengaku la yg korang ni penah makan smabil berdiri. wakaka
11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
*cakap yg korang ni burok sbenarnye
12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
*seminggu mkn lauk toge jek cukup
13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.
*kirenye c dia suke ibu kite ke?
14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
*aku cakap lembut2, tapi dia xdengar. terpaksa la jerit
15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.
*kasi makan jelly
16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.
17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!
*sape suke letak batu kat muka
18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.
19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.
*maksud nye, jgn jadik cam zaman kuno. agaknye la..mase tu belom maju agi
20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
*hari2 aku tanya khabar. jawapan nye 'sehat !'
21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.
*dimulakan dengan bismillah. disudahi dgn sadakallahulazim
22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.
*jangan lupe solat 5waktu. ingat akhirat. cewahhh!
23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.
*mase kcik2 aku suke merengek. amik kire jgak ke tu?
24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
*tunjukkan yg korang ni setaraf dgn makhluk WWE. wakaka
25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
*jom gy mahkamah.senang nak berbincang
26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.
*kata kata romantik tu camne? wat2 bengong
nih sume aku amik drpd blog.mixterr.com
thanks sbb aku curikk.
hihi..