My Wishlist
Saturday, November 29, 2014 | Saturday, November 29, 2014 |
0 comments
Lamanyaaa tak update blog ni. Aku bukannya kaki blogger yang kerja nak menaip catatan harian kat blog. Dah lama sebenarnya nak update pasal WISH LIST ni. Wish list ni acah acah berangan la konon tapi dalam berangan ada la jugak cita-cita haha. Ok la ok la dah boleh start berangan rasanya. First of all, presenting......... tadaaaaaaaaaa
Sekarang ni tengah study Diploma in Civil Engineering. Tak lama lagi graduate yeayyyyy. Lepas tu sambung degree insyaAllah. Kos apa itu yang kita tak tahu huahuahua. Berserah pada takdir jelah kan. Kita hamba yang lemah takleh nak cakap banyak sangat. Takut rezeki lain yang sampai ke. Kita taktahu ye dok ? Kemungkinan degree sampai umur 23 tahun insyaAllah. Ok stop sampai degree. Kita kena realisasikan dulu angan-angan seterusnya baru la boleh sambung master. Ataupun sambung master dulu baru realisasikan next angan angan. Muehehe
Siapa yang taknak kahwin kan kan kan hahaha. Target gua la paling minimum pon tahun depan. Hahahaha k gurau. Target dalam 24 tahun la. Taknak la cecah 27 tahun ke atas. Rasanya macam dah tua, boleh jadi anak kedua masa kita umur 30 tahun. Eh no no no jauhkan lah. Taknak la camtu sekali. Time ni nak sambung master kena ikut kehendak suami lew hewhew.
Gambar ni tak ada la semestinya aku kena jadi engineer. Yang penting dapat kerja yang molek molek, gaji pon masyukk. Baru seronok kumpul harta and berjimba. Kalau tak ada rezeki dalam kerja, aku nak berbisnes. Bisnes tudung tu pon masih semput-semput lagi. Biasa lah mula-mula meniaga. Kadang-kadang rasa nak give up pon ada. Tapi disebabkan sokongan ibu dan member gua jadik bersemangat. Cewahhh. Bila rasa nak give up je, gua tahan. Jangan give up. Nanti lama-lama berjaya la tu.
Ni kira wish list jugak lah kan. Nak kata ni angan-angan macam tak la jugak. Sebab aku rasa ni kira macam cita-cita aku. Nak sebiji kereta. Kalau setakat mula-mula kerja terus pakai accord melampau nauu. Miliki rumah sendiri tu tersangattttttttttlah impian aku. Rumah atas tanah sendiri yang tak ada share dengan rumah lain. Maksud aku kiranya rumah atas tanah sendiri dan ada halaman sendiri untuk anak-anak main. Ohh heavennyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tapi bila tengok keadaan and ekonomi sekarang, rasanya percent nak dapat tanah tu tipis sangat. Yelah kalau ada tanah pon tepi jalan. Itew nanak la rumah tepi jalan. Tak ada privacy and tak ada ketenangan. Hurm. Kalau dapat rumah teres dua tingkat semi-d pon aku dah bersyukur hahahaha. Amboi high taste betol aku ni.
Tipu lah kalau orang yang dah kahwin taknak anak lagi. Mestilah nak kan. Tashabarnyaaaaa nak jumpa anak mami ni. Kahkah anak sorang dari benih kita pon jadilah.
Tak tahu lah kenapa aku gilaaaaaaaaaaaa sangat dengan barang sony. Smart sangattttttt. Kalau boleh nak kumpul semua gadgets sony. Earphone pon kalau boleh dari sony hahahaha
Tempat yang paling orang islam inginkan. Kalau boleh nak bawak semua family aku ke sini :)
Lepas tu baru boleh pergi vacation. Contohnya Krabi Island. Yeayyyyyyyyyyyyyy cant wait
Wanita mana la yang tak teringin ada wardrobe sendiri wehhh.
Tu je. Semoga termakbul. Hahahaha aminnn. bye