Byla Bella ∞
 final exam !!!!
Friday, September 28, 2012 | Friday, September 28, 2012 | 0 comments
hah ! bile dah ngadap lappy. mula la mengonline. minggu depan bermula kisah perperang budak Diploma UTHM. semoga korang semua berjaya !! target den nak dekan je. DEKAN JE okay. dah macam ape. InsyaAllah aku boleh buat. wish me luck !!


 minggu busy !!
Tuesday, September 25, 2012 | Tuesday, September 25, 2012 | 0 comments
minggu ni sumpah busy gile. mula-mula dengan program merdeka raya. aku jadi sukarelawan lagi. mesti korang bosan baca kan. mana tak nya, sikit-sikit sukarelawan. ehhh, jangan ingat aku tak bosan menaip pasal sukarelawan. sebab apa aku update jugak, sebabnya..suka hati aku la. wahaha. sakit hati ? nanti cek belikan plaster yang karton eh. tenang sikit nanti.
 
hari tu bersamaan dengan aku tak ingat tarikh, ada program merdeka raya. ha, dah dua kali aku ulang. hampir 8k orang yang datang. anggar cenggitu la kan. pelajar 14k. tapi disediakan kupon 8k. kupon tu disediakan untuk mudah pelajar dapat makanan. mesti fikir, 'kalau guna kupon lagi bertambah sesak'. sebenarnya, tujuan kupon tu supaya orang tak ambil banyak sangat. boleh ambil makanan sekali jela. yang aku pelik, ape pasal la bebudak ni berebut macam nak dapat kete mini cooper free. *kalau mini cooper free, aku pon berebut. sebenarnya makanan kat situ banyak sangat. memang cukup untuk pelajar. tapi yang aku pelik, sate habis awal. mesti ada orang songlap nih. aku jaga bahagian aiskrim ngan buah. sumpah ramai gile ! tu baru balai bahagian aku. kat situ ada 4 balai. lagi la berebut beb. lepas habis program tu dapat makan makanan vip. lepas tu kembali kemas.
 
semalam pulak 24 sept aku join KAP also known as karnival aktiviti pelajar. jadi AJK jamuan. kat situ, sumpah aku malu ! sebab aku tak kenal diorang. sampai ada sorang ni yang kenal aku kat fesbuk tegur 'asal diam je. kat fb macam kecoh'. aku sebenarnya tak rapat dengan diorang. lagi satu, aku join baru sehari. lain la si teha tu, 3 hari berturut-turut. lagi 2 hari aku tak datang sebab aku ada hal. sebab tu la aku pendiam je masa tu. hmm aku pendiam ? jangan harap la. kalau ada program, aku la paling aktif. tapi oleh sebab aku pemalu gile punye, aku diam je. baik la katekan.
acehhhh, segan ~(','~)(~',')~
kalau ikutkan, abg2 dengan akak2 dekat situ sumpah sporting gile. macam family aku tengok. oleh sebab aku tak rapat, so aku diam. -x-
 
hari ni aku berkesempatan balik rumah dalam 5 hari. hari sabtu InsyaAllah aku balik hostel and teruskan final exam next week. wish me luck.
 
sebenarnya aku cuak k, cuak sangat. nak dekan kalau boleh. InsyaAllah.

 quote. wah wahhh !
Saturday, September 15, 2012 | Saturday, September 15, 2012 | 0 comments



tertengok pic nih, aku teringat ada dua lagu yang aku tunggu berbunyi kat nset. means dia akan mesej la kan.
1. impossible - shontella
2. gives you hell - all american reject
sebab lagu ni paling lama jadik ringtone aku masa with him.
pastu bunyik pulak. ni ringtone mesej jugak. ringtone ni aku active kan bile tengah mesej dengan dia. takkan la aku nak guna ringtone panjang2 pulak kan. kang memekak satu rumah.
1. cars lock
2. beep

hahaha. kelaka kan ? tu namanya kenangan. kepada pakpandir muah muah lebiu, saya dah tak suke awak dah.




ha !! selagi kite benci orang tu, dia la yang paling kite ingat.

*aku just tak suke je, tapi masih dalam ingatan

#minah ni nak tidur sebenarnya.
 perkembangan sekarang
| Saturday, September 15, 2012 | 0 comments
assalamualaikum saudara saudari cikebum cikebum. selamat malam. krik krik *sunyi*. sekarang pagi sebenarnya. so selamat pagi dan selamat hari malaysia. betol ke ayat aku wish ni ? hari ni aku cuti. yeayy !! tepuk tangan. aku cuti 4 hari. jumaat malam ada kelas ganti untuk gantikan 2 hari. so attendant 2 hari la kan. so aku tak datang kelas. maafkan saya encik, memang saya carik pasal. lagipun maximum absent 3 hari je kan. saya baru tak datang 2 hari. balance lagi 1 hari. kemungkinan besar saya pergunakan 1 hari tu dengan sebaik-baiknya. saya janji encik !

next week tinggal satu minggu je nak belajar. pastu study week seminggu, exam 4 hari. ohh wish me luck. tadah tangan. kalau boleh target dekan la. InsyaAllah. harap-harap berjaya. brader sister senior cakap, civil senang dapat 4 flat. mak datin, senang tang mana tuh ? ada macam makan kacang panjang tak ? *tibe2 rindu masakan ibu*

malam ni ibu masak pisang goreng. oh terharu. *makan anggur* bangun tidur je dengan mamai2, muka macam hampeh pergi ruang tamu then dipelawa, duk bersila, makan. dah lama tak makan pisang goreng ibu. i'm serius. '__' nampak tak muka aku serius.

hari tu kan aku pergi kluang. kawasan felda cmtu la. nih aku nak citer nih. aku ada tulis nama untuk pergi sukarelawan jamuan raya dekat kluang. tapi bile selidik, kena balik malam. so aku terus cakap dengan abang yang uruskan ni yang aku with roomate tak jadik nak pergi. sebab aku ada banyak hal. takut balik malam sangat, esok nye aku penat. bile abang tu cakap takpe. aku pon yeay !! loncat2. esok pagi, si amir ni call aku tanya number dak perempuan lain yang pergi program tu. aku cakap la tak taw. dah la aku tengah ngantok. dia call kali kedua. suruh aku dengan roomate pergi. sebab tak cukup orang. aku bagi alasan 'alaaa, tak sempat. sekarang dah nak pukul 8.30. kang balik malam. dah la banyak keje. kalau tak balik malam aku pergi'. 'memang tak balik malam la. sampai petang jek. cepat, aku kasi kau masa 15minit'. 'eyyy, mane boleh. kiteorang ni perempuan. kena lambat. dah la tak mandi lagi nih'. 'takde2 cepat!! 8.30 siap. tunggu dekat HEP' 'woi gile ape. mane sempat wehhh. yela, kau tunggu jela sane'. lepas tu aku kejut semua roomate. 'bangun2, kite kena pergi kluang jugak. tak cukup orang. cepattt'. lepas tu lambat2 nak pilih baju lagi. masing2 dah malas nak pergi. aku cakap dengan amir, 'kiteorang kena amik masa, bas takde sekarang. so kena jalan kaki'. tak sampai bape minit, si amir call cakap diorang on the way nak amik kiteorang dekat depan hostel. wahhh, terharu mak jemah k.. lagi terharu bile turun je tengok2 DUA BAS UTHM tunggu depan hostel. terharu sehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. *angkat2 kening* naik bas jek, kiteorang 4 orang je dalam bas tu. wahaha, boleh aku buat bas tu macam rumah sendiri. tapi malangnyaaaa, pakcik bas tu tukar naik van pulak. dia cakap bazir bawak 4 kerat je naik bas. tp takpe, naik van pon enjoy beb. yang tak boleh blah, masa naik bas, dapat makanan. masa tu ada program jelajah kesihatan. so sape yang lalu situ dapat makanan. kiteorang pon dapat makanan. lepas tukar naik van, boleh pulak pakcik tu ajak pusing tempat tadi, mana taw dapat makanan. tengok2 diorang dah kemas. hahaha pakcik2. dalam van tu aku terhyper-active pulak. tak sampai kluang aku dah mabuk. terus diam sampai sane. takde angin takde ribut tibe2 mabuk kete. nasib baik aku tak muntah2. sampai sane, ada mc astro terangkan apa yang kiteorang kena buat. masa kiteorang dah naik nak tolong, tibe datang si botak berbaju hitam tulis 'SECURITY'. tiba2 halau kiteorang, dia cakap nak jumpa ketua. ehhh sakit pulak hati kite ni. pakcik, tak dengo mc speaking english cakap kiteorang buat ape. ke pakcik tak paham bahasa inggeris. sabo jelaaa~~ aku dah takde mood, aku terus teman amir pergi tukar baju melayu dekat bas. aku takde la teman masuk bas, aku dengan roomate duk luar la. lepas tu pergi balik ke khemah. kiteorang makan2 bahagian orang felda masak. yang bahagian astro tuk orang ternama je. lepas kenyang tuh, dapat pulak satu idea, nak lepak dalam bas. yela, takkan la aku nak duk situ kelip2 tengok orang. bosan !! aku cakap dengan roomate, sorang satu amik satu bungkus sate, pastu kasi pakcik driver. alaaa, kire macam bodek la nak duk dalam bas. aku pon call pakcik bas. 'pakcik kat mana. saya on the way pergi bas. saya ada bawak sate tu pakcik'. mesti sengih melebar pakcik tu kan. rupanya dua2 pakcik driver tu baru balik dari makan. sorang driver bas, sorang lagi pakcik yang bawak kiteorang naik bas. dah bawak makanan tuh, pakcik tu bukak pintu bas. macam2 soalan dia tanya, asal tak pergi tolong. kiteorang pon citer la sume. tanpa membuang masa, aku tdo sorang2 kat sit belakang. enak bile tidur dalam bas. *time ni la enakkan*.aku terjaga bile budak RELA UTHM datang situ jugak. pastu pakcik bas suruh beritau budak2 tu jalan je kaki. aku cakap 'bia saya jadik rela.' pkcik tu cakap 'ha, pergi tukar pakai tudung kuning'. hahaha. ntah pape la pakcik nih. dalam berapa jam dalam bas tu. kite orang tibe2 lapar. cakap dengan pakcik tu nak turun nak pergi makan. pakcik tu pon tumpang sekaki la kan suh tapaukan sekali. tibe2 hujan. tak jadik tapau and tak jadik nak balik bas. tibe2 terserempak dengan budak sukarelawan yang lain. diorang jemput makan. aku pon pe lagi, rezeki jangan ditolak kannnn. kat situ ada aaron aziz wif his wife, aznil nawawi, fahrin ahmad, misha omar, mila and yg lain2 aku tak kenal. aku malas nak tangkap gambar dengan diorang. ramai sangat. okay laaa, nak tido. kang makin lama berjaga, habis jugak anggur ayah aku ni.

eh sebelum tu. petang tadi mase din hantar aku balik, aku nampak kereta merun pakpandir. sumpahhh ! laju jantung aku. tersentap tibe2. terus sejuk aku. rasa macam nak pengsan. i'm serius. soo, kepada pakpandir muah muah, saya taknak jumpa awak lagi. nanti pucat lesi pulak saya. paling koman pon, pengsan agaknya. bukan macam peminat jumpa artis nak pengsan2 nih. maybe sebab dia ex aku, and aku rasa stranger bila ternampak dia. and suddenly, jantung aku laju. i dont know why.
 AkU DAN DIA DAH PUTUS
Thursday, September 6, 2012 | Thursday, September 06, 2012 | 0 comments

“Aku dan dia dah putus…”

“Kenapa?”

“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik, lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”

“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka. Rabak. Koyak. Patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku tak boleh nak lelap. Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“Kau ada jawapan?”

…senyum “Ada…Mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawpan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah, tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu, lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“So sekarang?”

“Aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah. Aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf sebab aku tahu Allah sentiasa ada. Cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar dan faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur ”

p/s : MUHASABAH DIRI :)

copy and paste; http://www.kisahwanita.com/aku-dan-dia-dah-putus#more-840

 program-program
| Thursday, September 06, 2012 | 0 comments
sejak dua menjak nih. aku rajin pulak join aktiviti2 UTHM. masa last year sekolah, rajin jugak aku join macam2. sampai ayah aku kata dah banyak dah tu sijil. aku pon berenti kan la kejap. dekat UTHM sini mula2 aku libatkan diri dalam program Majlis Sukarelawan Universiti-universiti (MASKUM). so aku dapat kawan dari pelbagai universiti. yang aku ingat universiti UPNM, Uitm, UMT, UniMas, yang lain aku tak ingat. hahaha. lepas aku join program ni, aku dengan kawan2 aku yang lain jadi AJK sukarelawan. kejap kan ? baru masuk dah jadik AJK. bangga, bangga !



ha ni group aku. aku jadik fasi dekat budak darjah 5 dengan 6 di UPM kot. entah la aku tak ingat. diorang comel sangat ! nakal tu semestinya la kan. biasa la setiap budak mesti nakal. hahaha. macam aku tak, sopannnn je mase sekolah. :p

lepas tu aku TERrajin join program syahdu ramadhan dekat masjid besar UTHM. tersangat penat. tapi tersangat enjoy. orang selalu cakap, alaaa sukarelawan bancuh air je. haha banyak la kau punya bancuh air. ingat kije tu je ke ada. banyak la keje lain ada. orang yang tak join rugi gila. tak rasa enjoy join program2 ni.



ha ni anak2 yatim yang dijemput masa majlis berbuka kat UTHM tuh. ada sorang budak perempuan nih tibe2 datang kat aku. 'akak ni comel la'. hahaha. bengang tak bengang aku. akak ni tak comel pon la dik oi... tiba2 suh aku add dia kat fb. then aku suruh dia add aku dekat fb. dia amik nombor aku. ada la masa aku nak balik rumah, dia wish selamat berbuka. :)

then aku join pergi sambut merdeka dekat bukit jalil. best sangat. brader2 dengan akak2 senior yang join ni tersangat la caring. ada abang ni cakap 'sape2 yang terasa bawah umur tu, 94 ngn 93 sila ikut saya' hahaha. taw la kiteorang ni sume kecik2 je.
best jugak la join sini. jumpa faeez. sumpah ! lama gile tak jumpa kau pak jabit. mula2 pergi stadium hoki bukit jalil. situ budak2 ipt je yang ada. then pergi stadium bukit jalil. situ almost 150k orang yang pergi sambut dalam stadium. tersangat la ramai. sampai aku pon rimas gile2. kat sana makan je kije. first dapat makan pizza. aku amik 4 kotak. hahaha. biaq pi la. pastu aku amik dua beg makanan. dah ada abang tu offer amik satu lagi. rezeki jangan ditolak. hahaha. then ayam kfc dua ketul. kalau aku ada masa pengagihan makanan tuh, dah lama aku amik 2 kotak ayam. then makan burger ayam kfc.



lepas tu pergi KPT dekat putrajaya. ada jamuan raya. kat sana bangunan dia sumpah cantik. sampai aku terfikir-fikir, macam mana arkitek tu buat dalam autocad. hahaha. tu yang aku pikir. maklumlahh, time tuh baru lepas siap kan pelan rumah aku guna autocad. tersangat penat and complicated. sebab malam tu kena email puan baizura sebelum pukul 12 malam. tak gila aku nak siapkan dalam satu hari. hari isnin hari tu aku tak sempat nak landing atas katil. balik kelas, ambik laptop terus kejar2 naik bas pergi kampus bandar then install autocad 2010. aku punye 2007. yang sangat memilukan bila orang tu kata lappy aku tak boleh install autocad 2010 sebab aku guna windows vista. so lepas habis sem ni aku nak install windows 7, then install autocad 2007.



hari jumaat pulak aku join berbasikal. sempena sambut DS khaled. lepas tu pusing2 UTHM naik basikal. then masuk bilik online.



hari ahad ni pulak jamuan raya dekat kluang. hahaha. aku rasa ibu mesti cakap, aku ni asyik berjalan je. mana taknya, masa pergi UKM aku msg ibu 'byla pergi UKM ada program sukarelawan'. masa program dekat masjid aku mesej ibu lagi 'byla ada sukarelawan dekat masjid'. 'byla pergi bukit jalil sambut merdeka'. 'byla pergi putrajaya ada jamuan raya'. hahaha. tension kan mak aku. tapi takpe, yang penting enjoy kan.

ada program under koko kelanasiswa. pergi stesen minyak agih2 bubur lambuk. tu lagi laaa, ngadap masyarakat macam2 ragam. setiap kali aku kasi bubur 'ni bubur lambuk ikhlas dari UTHM. sedappppp. nak satu ke dua ?'. mesti diorang nak dua punya kan. hahaha. sampai ada pakcik ni mintak lebih sebab family ramai. ada yang tak keluar kete sebab ingat kiteorang jual. ada yang terlebih excited seorang abang ni. siap puji UTHM. 'bang ni bubur lambuk. tak payah bayar. free je.' 'dari mana nih ?' 'UTHM'. 'ohh, universiti tu lawa kan'. 'ha'ahh memang lawa ^^'. mentang2 dah dapat bubur lambuk, terus puji bagai ehhh. malam tu pulak budak ni sume balik. aku dengan kawan aku yang lain tolong hidangkan makanan untuk pelajar kelana siswa berbuka.

apa-apa pon semua aktiviti aku join ni sedikit sebanyak kasi aku pengalaman macam2. tersangat la best ^^.

okay laa, tu je. tak lama lagi aku final exam untuk sem 1 ni, wish me luck k. terima kasih :)