Byla Bella ∞
 Festival Konvokesyen 2012
Sunday, November 11, 2012 | Sunday, November 11, 2012 | 0 comments
assalamualaikum dan alighatogozaimash ! dah berhabuk blog aku ni. konon dah macam tinggalkan berapa tahun. padahal baru berapa hari. k fine ! ade aku kesah ? haha tak masal lak. actually, cek nak ceciter nih haa. 7 hari berturut-turut cek ada program FESKON (Festival Konvokesyen). start 2 November hingga 7 November 2012. mula-mula fikir memang taknak join. tapi try pujuk diri untuk join program ni. so aku pon dengan terpaksa aku join la. lama-lama aku join dengan ikhlas dari hati. cewahhhhh ! okay lupa kan.

31 Oktober 2012 (Rabu)
Tarikh aku bertolak dari segamat ke UTHM. yang penting ayah yang hantar. uww, i love u lah ayah muah muah. sanggup balik dari sekolah pukul 9 pagi, semata-mata nak hantar aku balik UTHM. lepas tuh ayah pergi keje balik. eh yeke ayah pergi keje balik ? ha yang tu aku taktaw. yang penting ayah selamat sampai. Alhamdulillah. risau pon ada taw. yelaa, ayah balik sorang-sorang je kot. sampai UTHM, balik bilik. pastu si madi, emal, teha ajak pergi makan rojak. boleh tahan sedap jugak laaa. malam pulak pergi BP Mall beli kasut aku. then makan makan, balik terus ada meeting sampai malam. pastu budak ni ajak overnight. memang tak laa. aku perempuan kot. nanti sape nak minang aku kalau diorang tengok aku kuar malam ? hahaha, poyopo tak ayat aku ? tapi betul what..

1 November 2012 (Khamis)
hari ni ada TOT. masa untuk agihkan kumpulan and terangkan kerja setiap unit. oh lupaa, for your information, aku ketua unit kebajikan. so kerja unit kebajikan macam kes kecemasan jugak laa. aku handle bahagian first aid, derma darah and kunci hostel. group aku ada 11 orang termasuk aku. malam pulak, cam biasa aku keluar pergi makan ngan madi, eymal, teha n barkeh.

2 November 2012 (Jumaat)
Bermula lahh feskon. aku sedikit busy. takde la busy sangat sebenarnya. sebab anak buah aku yang jaga tempat. dalam tengah hari cenggitu aku balik. suke hati je kan aku balik. hahaha, dulik ape. aku ngantuk gila. lagi pun setiap orang ada rehat 4 jam. so aku gunakan la dengan sebaiknya. oh sebelum aku lupa. macam biasa pembantu aku Farid.

untung sape jadik pembantu aku. (cehh masuk bakul angkat sendiri :P) bukan ape. aku suka tengok pembantu aku hensem-hensem, comel-comel belaka.

tengok ! kan dah berubah rambot dia. aku cakap 'farid, kau lagi hensem kalau jatuh kan sume rambut. ni aku tengok macam rambut tak siap je. aku suka tengok pembantu aku hensem-hensem belaka'. acehhh kerek ! poyo gile ayat aku. aku cakap dalam nada bergurau laa. gila aku nak cakap serius, kang tak masal orang fikir lain. kalau aku serius pon, diorang tetap ingat macam gurau. so, abaikan jelaa. okay, aku nak cakap pasal si farid ni. sumpah rajin gila ! and tersangat la baik. setakat ni dia tak ada la kuangaja sangat. kira macam dia ni okay la dengan orang. cuma satu je perkara aku tak suka dengan dia. iaitu !! ade laaa, taknak mention sini. tu buruk kan dia. dia tak banyak bunyi sangat. dia ikot je apa aku suruh. tapi dia tak banyak sangat buat kerja sebab dia overnight kat tapak, kena jaga tapak sampai pagi. okay, dah malas nak citer pasal dia. hari ni sebenarnya, tak ada la busy mana pon. anak buah aku sume jaga tapak jee and pegang first aid. thats all.

3 November 2012 (Sabtu)
ha, waktu ni banyak jugak la aktiviti. so anak buah aku berpecah kena jaga tempat-tempat yang ada program. malam tu pulak ada program BICARA HIJRAH bersama Catriona Ross dan Diana Amir. malam tu aku takde baju kurung, so aku pakai jela t-shirt, cardigan and seluar TRACKSUIT ! haha. tracksuit yang tak boleh tahan tuh. konon nak main air la kan..
aku duk sebelah diana amir, tengok tu ! tengokkkk ! waaaaa. minah tracksuit duk sebelah diana amir la sehh. waaa, waaa, waaaaa !!

4 November 2012 ( Ahad)
sebenarnya mak semput nak habiskan sampai 7 November nih. banyak sangat cerita. yang penting nak beritau ada autoshow jee. aku taknak upload gambar, sebab internet lembap nauzubillah. kat atas tu gambar farid, ha tu lahhh salah satu kete sumpah aku minat gile ! budak ni cakap kete kelisa modified jadik mini cooper. cool gile beb ! nak beli satu ! lagi satu kereta wolksvagen. kete tu cantekkkk. melting ~~

5 November 2012 (Isnin)
ha ! hari terpenting sebab ada 2 program terbesar. program HAWA1M and program arca kerepek 1 Malaysia. so aku handle bahagian HAWA1M. tiba-tiba ada seorang makcik ni pengsan. sumpah ! kelam kabut aku. unexpected kot. sebabnya duk dalam aircond, nak kata bergerak sangat pon tak jugak. tiba-tiba 'bella masuk. ada sorang makcik pengsan dalam dewan'. pehh lari aku ke dalam dewan nak tengok keadaan macam mana. memang betol-betol pengsan. aku dah cakap dengan budak ni, jangan angkat dia. nak call ambulans. lagi satu, aku ni pon bongok sikit, nom telefon kat dalam kereta. tak bekejar aku ke kereta. call PKU tak dapat. terus amik nom 'on-call'. dah sampai kereta, buat-buat cool je kan. yang tak leh blah, call nom orang lain, sebot nama orang lain. cool la sangat, haha. aku denga suara kak nurse tu macam marah je. dulik ape, aku dah gelabah, semua jadik huru-hara. dalam berapa minit datang laa ambulans. bawak dorang pergi PKU. aku pon terpaksa ikot sebab ada sorang makcik ni taknak masuk ambulans. pujuk punya pujuk, akhirnya dia pon ikot. so aku pon terpaksa ikot. haiyaaa~ masa nih ada Iron Lady a.k.a Datuk Sri Maznah. eh betol ke nama dia camtuh ? yang penting datuk jugak laa. sempat jugak la aku tangkap gambar denga dia.
*okay aku dah fedup, nak upload gambar lembap sangat. nanti bile2 aku upload la heaa..

6 November 2012 (Selasa) dan 7 November 2012 (Rabu)
last day, ada kempen derma. hospital Kluang datang. macam biasa la kan, ada KAK MIN. hahaha, aku hasut kak min makan char kuey tiaw. dia ajak ramai-ramai makan. hamik kauuu ! makan kena berjemaah kan. mana boleh sorang-sorang. yang penting, orang hospital kluang dah kenal aku. ehh boleh la aku ngendeng-ngendeng nak kerja situ ke kan. cita-cita nak jadik doktor tak kesampaian. doktor darah pon jadi laaa. haha.

okay ni antara member aku yang jadi ketua unit. maybe tanpa diorang aku tak join kot benda ni sume. and takde diorang tak enjoy laa aku uruskan feskon ni nanti. aku happy sebab ada diorang. everytime gelak je kerja kan. dengan si eymal (pakai baju merah) asyik buat lawak annoying dia sebagai datuk. mula-mula datuk, and aku datinnya. then aku cakap aku taknak datin, aku nak jadik puan sri. dia pon ubah laa jadik tan sri. hahaha, okay tu gurauan semata-mata. kalau gurau aku boleh lagi laa layan kan. dia panggil sayang sayang, aku panggil darling darling. hahaha dekah seh. aku pon geli pulak. alaa, setakat member, boleh la layan pale otak. tapi tengok orang jugak la, kalau gaya gurauan dia sangat menjengkelkan, sumpah aku tak layan. ada macam sorang tuh. okay aku taknak citer lebih-lebih. yang penting aku rasa macam nak uwekkkkk ! lagi satu, aku cakap dengan eymal, nanti nak hantar hantaran kasi DSLR, lens, stand, satu set DSLR la senang. dia pon cakap bolehhh. hahaha, hadoi, layan kan aje laa. si barkeh tu pulak. dia ketua bilik gerakan. oh dia la kawan aku sebilik. haha. dia je yang paham perangai aku yang pengecut nauzubillah. masa kktm, aku berani gile. naik diploma, hamik kauuuu, pengecottt. si teha lak, ketua unit makanan. ha dia ni lahh dugong terdampar tuh. hahaha. ashane tah aku dapat idea tuh. yang penting dia tak touching dengan ayat tuh. teha ni kaki sengih. nak tutup segala kedukaan dia. tu la kelebihan perempuan. senyum tuk hilangkan segala kesedihan ;) you are strong enough teha ! lail lak, dia tak ada dalam gambar nih. dia ketua unit booth dan gerai. sian dia asyik kena hentam dengan penggerai. sabar la ehh, benda pahit tu boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman. yang akhir sekali, si baju hitam tuh. orang panggil dia chaki. dia ketua unit ape ntah, tapi untuk program HAWA1M. tak lupa jugak kat bak. dia la yang hantar jemput kiteorang gegirl ni dari tf ke tapak, ke tempat makan. thanks a lot yee. madi ketua program. ketua yang sempoi aku penah jumpa. selumber badak dia jela kan nak buat apa. haha, btw, dia senior. not diploma. selamber je kan aku panggil madi ? ikotkan masa mula-mula kenal panggil 'abang' 'saya'. dia lak bahasa dengan aku, tetap jugak 'aku kau'. haha madi madi.

okay lahh, panjang sangat aku citer. entah ada ke tak orang nak baca. bye ;)

*eh betol ke aku ni mesra org nye? dah berapa org cakap. aku rasa aku ni bukan peramah, cmne nak jdik mesra kan..