Byla Bella ∞
 Cik Skutty
Friday, April 19, 2013 | Friday, April 19, 2013 | 0 comments
Selamat pagi muka bumi dan angkasa lepas. Sekarang aku tengah bekpes biskut hup seng bersama se-mug hot cekelat + milo. Den pon tak tahu nak imagine kan ape rasa sebenarnya. Almaklumlahh, studenggg kan. Ape ade bedal jek. Asal kan masih ade selera lagi. Sambil bekpes sambil update bendalah ni.
Cik skutty diberi nama. Ekceli ada sorang mamat yang tak dikenali add aku kat fesbuk. Aku ACCEPT sebab DP dia pakai baju lab logo UTHM. Bukan DP yang kat melaka tu hea. Aku pon accept sebab dia budak UTHM even tak kenal. Dia terus chat, blablabla. Lepas tu dia ajak cik skutty dengan mr. Fz dia jalan-jalan pergi pantai. Huiihh baru bape ketul je chat teruihh ajak keluar. Gile ah mamat ni.
Aku macam biasa lah kan, ayat kuih lapis nak menolak dia ajak tu. Kang straight dia touching lak. Aku pon berlapik-lapik. Kalau kenal, aku cakap je 'MALAS AKU'. Haha sonang. Cik skutty tu dia lah bagi nama. Oh tenkayuuu la ye. Macam sedap lak bunyik cik skutty tu.
Then aku pon cakap la tak berani nek moto jaoh-jaoh. Setakat naik kete tu okay lagi. Then dia ajak naik fz dia. Memang tak lah kan aku nak ikot. Gile kau naik fz mahu tonggek kat belakang. Tu moto abang aku yang fz tu, belom tentu aku nak naik dengan dia. Kalau abang aku naik moto biase, okay lagi la aku naik dia. Aku pon dengan selamber, 'TAKPE LAH :)'. Pastu dia pon cakap 'TERANG-TERANG KENE REJECT'. Bagus la tu awak sedar. Hikhik saya bukan gadis yang awak sangkakan. Hihi. Dah nak off ni, dia ajak tukar nom. Sebab aku jarang online. Dia kata bukan nak ngurat tapi nak lebih dekat. And dia pon akan syak yang aku akan reject. Hahaha absolutely ! Aku just cakap chat kat fb sudehh. Pastu the end. Aku off fb.
Muka aku macam ( ̄ˍ ̄) bila dia ajak kuar pegi pantai. By the way, aku bukan jenis melayan orang tak kenal. Sebab tu berderet budak tak kenal aku tak accept. Tak kenal dan akan menjengkelkan kalau diorang yang tak kenal update status bukan-bukan. Dan semak timeline aku. Sebab tu aku accept semua budak uthm jek. Even tak kenal, kalau diorang update fesbuk, aku paham jugak lah kalau ada kene mengena dengan uthm.
Ehem..ehem. semalam den  basuh moto. Lepas basuh skutty. Then gelang tangan aku tercabut. Sebelum basuh skuter, sabun tumpah, nset terjatuh berkali-kali. Apakah tandanyaaaa?! Bala ni bala.
Okay lah, rasa ngantok mata ni. Baik pegi kira-kira duit ke statik ke, segar sikit mata. Layan radio melayu pon, lagu kpop kuar. Shit benci kpop.

 Test statik dan dinamik
Thursday, April 18, 2013 | Thursday, April 18, 2013 | 0 comments

Aku baru je 3 jam lepas hadapi test statik dan dinamik dengan stghesss dan mancabor. Tapi kire bersyukur jugak lah aku dapat paham last day before test tu. Mula-mula sumpah memang tak paham haram jadah ape pun. Budak ni yang tolong aku pahamkan. Ntah bala ape pulak buat aku tak paham.

Ada la satu hari ni, aku dapat buat assignment En Jahaya bagi. Time tu aku rasa macam nak terbang satu dunia even satu soalan je betul. Kahkah dulik hape. Yang penting aku dapat buat. Hihi kau hadoo ?

Aku excited belajar dengan encik jahaya. EKSAITED WEHH, SAITED ! Sebab aku rasa dia macam sporting. Hari tu aku berani kan diri tanye lepas kelas. Dengan selamba badak aku amik marker dia conteng kat whiteboard nak gambarkan macam mana soalan tuh. Dia pon terangkan. Yang best nya dia cakap soalan ni kuar kat mana tah. Aku lupa. Pastu dia cakap jangan beritau sape sape. Aku pon ok deal. Haha

Mula-mula belajar aku ingat dia garang. Mane taknya, strict gile kot peraturan dia. Setiap minggu kuiz and ada assignment. Seminggu dua kali kelas dia, memang dua kali kuiz ngan assignment lah kan. Ahh persetankan tu semua. Yang penting apa yang dia suruh tu aku tak penah complain (agaknya la takpernah). Sebab aku rasa subjek ni kena banyak buat latihan. Subjek math plus fizik biase lah subjek putar belit paling power yang orang benci sejak sekolah rendah. Tapi aku tak. Hahaha okay ini poyo.

Aku nak stori pasal test tadi. Test tadi sumpah senang ! (Mata ke atas, tangan ke bahu). Aku dah study sume tu. Aku taw, aku paham, aku ade idea. Tapi masa tak cukup ! Stghesssss stghesssss ! Satu jam untuk 3 soalan. Assignment aku ambik masa lama nak mati, ni nak jawab test dalam 1 jam ? Gilooooo wei gilooo. Tapi aku tetap gagahkan diri. (Cewahhhhh).

Dah lah, wa nak wechat, wee wee sume tuh. Yang budak ni kata wechat best sangat. Ekceli, gua nak habaq, we chat memang TAK BEST. Kbuii

 JANGAN GANGGU AKU !
Monday, April 8, 2013 | Monday, April 08, 2013 | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t. Aku ambil masa 5 minit untuk update blog ni. Harap-harap cukup la 5 minit. Aku nak study jap lagi. Maklum lah subjek aku sem 3 ni semua subjek macam haromm. Dua subjek membaca, satu subjek mengira. So kena la get ready awal-awal. *MENCIKKK MENCIKKK

Ekceli, aku bukan nak kabo kan pasal subjek aku. Tapi nak kabo kan pasal manusia yang suka call aku pagi-pagi. Ada niat nak kacau aku, ada niat nak kejut bangun subuh.

Yang kacau aku pagi-pagi ni memang mintak kaki zirafah aku ni. Before ni boleh layan lagi lah kan. Sekarang ni aku rasa makin melampau.

Satu lagi call pagi kejut subuh. Aku hargai gile dengan keprihatinan korang kejut kan. Sangat HARGAI.

Anyway, PLEASE STOP IT. Aku RIMAS. Bagi la aku tidur dengan tenang. Aku bukan macam korang yang suka tidur lambat, bangun awal. Jujur aku cakap, aku bukan jenis macam tuh. Aku perlukan tidur yang cukup dan aman harmoni sentosa. Kalau korang ganggu, bangun pagi pergi kelas asyik menguap cam badak air. Mula lah pale hotak aku ni merewang entah ke negara mana.

Yang kejut bangun subuh, BERENTI ! Aku tak perlu tu semua. Aku boleh bangun sendiri solat. Tak payah mesej suruh bangun ke ape. Aku taw. Aku dah besar. Bukan budak hingusan makan lolipop yang tak boleh bangun subuh sendiri. Bukan aku sombong. Tapi masa subuh aku dah ditetapkan. Kalau sampai waktunya, aku bangun dengan sendiri. Kalau aku bangun dengan terkejut. Pagi aku akan hambar. Kenapa hambar? Sebab aku ngantuk lah !

Taw tak, kalau tido yang lena tu diganggu, pagi tu kita tak fresh. TAW TAK ?! Jawab ! Kalau taw tu bagus. Kalau tak taw, hafal ni ! Aku bukan tak boleh off telefon, boleh jek. Tekan button merah, off lah kan. Sonang jooo. Semua dihujung jari. Kalau niat ganggu tu pon, muka ekau memang hujung jari den jugok. Aku tak off sebab, manalah taw emergency call dari family. Aku kena la jawab. So paham kan ?

Heyy sabar jelah. Bytheway, thanks a lot siapa yang kejut bangun subuh tu. Lepas ni jangan call lagi ok? Thank you ∩__∩