Cik Skutty
Friday, April 19, 2013 | Friday, April 19, 2013 |
0 comments
Selamat pagi muka bumi dan angkasa lepas. Sekarang aku tengah bekpes biskut hup seng bersama se-mug hot cekelat + milo. Den pon tak tahu nak imagine kan ape rasa sebenarnya. Almaklumlahh, studenggg kan. Ape ade bedal jek. Asal kan masih ade selera lagi. Sambil bekpes sambil update bendalah ni.
Cik skutty diberi nama. Ekceli ada sorang mamat yang tak dikenali add aku kat fesbuk. Aku ACCEPT sebab DP dia pakai baju lab logo UTHM. Bukan DP yang kat melaka tu hea. Aku pon accept sebab dia budak UTHM even tak kenal. Dia terus chat, blablabla. Lepas tu dia ajak cik skutty dengan mr. Fz dia jalan-jalan pergi pantai. Huiihh baru bape ketul je chat teruihh ajak keluar. Gile ah mamat ni.
Aku macam biasa lah kan, ayat kuih lapis nak menolak dia ajak tu. Kang straight dia touching lak. Aku pon berlapik-lapik. Kalau kenal, aku cakap je 'MALAS AKU'. Haha sonang. Cik skutty tu dia lah bagi nama. Oh tenkayuuu la ye. Macam sedap lak bunyik cik skutty tu.
Then aku pon cakap la tak berani nek moto jaoh-jaoh. Setakat naik kete tu okay lagi. Then dia ajak naik fz dia. Memang tak lah kan aku nak ikot. Gile kau naik fz mahu tonggek kat belakang. Tu moto abang aku yang fz tu, belom tentu aku nak naik dengan dia. Kalau abang aku naik moto biase, okay lagi la aku naik dia. Aku pon dengan selamber, 'TAKPE LAH :)'. Pastu dia pon cakap 'TERANG-TERANG KENE REJECT'. Bagus la tu awak sedar. Hikhik saya bukan gadis yang awak sangkakan. Hihi. Dah nak off ni, dia ajak tukar nom. Sebab aku jarang online. Dia kata bukan nak ngurat tapi nak lebih dekat. And dia pon akan syak yang aku akan reject. Hahaha absolutely ! Aku just cakap chat kat fb sudehh. Pastu the end. Aku off fb.
Muka aku macam ( ̄ˍ ̄) bila dia ajak kuar pegi pantai. By the way, aku bukan jenis melayan orang tak kenal. Sebab tu berderet budak tak kenal aku tak accept. Tak kenal dan akan menjengkelkan kalau diorang yang tak kenal update status bukan-bukan. Dan semak timeline aku. Sebab tu aku accept semua budak uthm jek. Even tak kenal, kalau diorang update fesbuk, aku paham jugak lah kalau ada kene mengena dengan uthm.
Ehem..ehem. semalam den basuh moto. Lepas basuh skutty. Then gelang tangan aku tercabut. Sebelum basuh skuter, sabun tumpah, nset terjatuh berkali-kali. Apakah tandanyaaaa?! Bala ni bala.
Okay lah, rasa ngantok mata ni. Baik pegi kira-kira duit ke statik ke, segar sikit mata. Layan radio melayu pon, lagu kpop kuar. Shit benci kpop.