Cuti CNY :)
Saturday, February 9, 2013 | Saturday, February 09, 2013 |
0 comments
Assalamualaikum dan selamat tahun baru cina !
Aku sekarang kat segamat wuhuuuu. Bahagia? Tak juga. Sedih ? Tak juga. Bosan ? Pon tak juga. Aku mood biasa biasa je dekat sini. Boleh la layan lagi kan.
Em apa aku nak cakap sebenarnya pasal uthm ! I'm so stress ! Not so stress la. Actually, gebang je tuh hahaha. Jangan cakap stress, nanti mind set kita, STRESS STRESS. So better jangan pikir kita stress.
Okay then. Aku sebenarnya nak cakap minggu cuti CNY bertukar kepada minggu study and siapkan assignment. Macam sedih je bunyi kan. Takde la sedih sangat. Sebabnya, kalau duduk rumah without study and assignment, rasa boring la pulak kan. Kalau tak keje aku asyik tido, makan, tengok tv, fb, twitter, tido balik. Erghh buat ulang-ulang seminggu? Erghhh watdehekk. Baik ada assignment ye dok? Tkde la boring duduk rumah. Aku ni pon bukan jenis kuar merayap. Sebab no transport. Haha macam biasa lerr den nih. Lesen tengah otw amik. Bile la nak habis. Haishhhh. Dah jangan cakap pasal lesen, nanti aku sedih.
Emm ikutkan aku dah kat perak sekarang ni ikot ayong ngan paksu. Tapi ayah call tak kasi ikot. Sedihhhh. Aku dah lama tak balik perak. Sumpah sedih gile. Bila orang sebut pasal balik kampung je teringat kat kampung perak. Hmm :((( nak nagis bole tak ? Nak jugak nangis. Huwaaaaa. Plis somebody pujuk aku. *oh no one. K foine :'((( huwaaaaa.*
Eh lupe pulak nak cakap pasal uthm. Sem dua dah nak ke penghujungnya. Naik cuti ni dah minggu ke 13. Pastu next week kepada nek cuti pula minggu last belaja. Then study week. At last ? FINAL.! Takut oi.. Cuti ade la dalam seminggu lepas habis sem dua. Then naik sem 3 iaitu short sem. Tempoh belajar hanyalah dua bulan sahaja. Ulang balik DUA BULAN sahaja. 3 subjek aku amik. So kene lerr struggle masa tuh. Naik je sem terus takleh main. Ntah ntah, minggu pertama belaja, minggu kedua test, minggu ke 3 belaja, minggu ke 4 test. Minggu ke 5 study week. Mau tak gile woii. Ni anggapan aku jela. Tak betol rasanya. Lepas sem 3, cuti 2 minggu. Before naik sem 1 tahun dua. Awat kejap sangat cuti.
Tapi aku perasan, kejap nye aku dah naik tahun 2. Ya Allah, cepat nya masa berlalu. Semoga hari hari yang aku tempoh dapat mematangkan diri aku dan mendewasakan aku. Semoga aku beroleh hidayah dariMu. Aminn.
Okay lahh, got to go. Daa ^.^