Program Persediaan Diploma UTHM 2012
Wednesday, November 21, 2012 | Wednesday, November 21, 2012 |
0 comments
Assalamualaikum dan hola ! Untuk pengetahuan warga Malaysia
yang comel-comel belaka, blog ni diwujudkan untuk memberi pendedahan mengenai
Program Persediaan Diploma UTHM. Mula-mula orang dengar Pra-dip ni tak bagus
la, apa la. Tapi sekali dah masuk, haaaa ! Rindu setahun. I’m serius okay.
(O_O) Betul, ni tak tipu. Sebab apa rindu setahun ? Haaa, meh cek nak ceciter.
Everything dalam blog ni. So, sila rajinkan tangan, kaki, mata dan mulut anda
untuk men’stalker’ ini blog. Lepas tu sila kecohkan dikhalayak ramai. Hal ni
wajib k. WAJIB ! *gurau ^,^. Tak perlu kecoh pon takpe.
First of all, mana aku tahu pasal program ni? Sebenarnya aku
tahu pasal program ni daripada cikgu kaunseling aku. Mana dia tahu pulak? Yang
tu aku lupa pula nak tanya. Aku masuk program ni bukan sebab aku minat nak jadi
Engineer. Tak terdetik sikit pon aku nak jadi engineer. Sikit pon tak terdetik.
Serius. Aku mula-mula nak jadi doktor. Tapi kemungkinan ni takdir yang
ditentukan oleh Tuhan. Siapa tahu kan. Ok, balik kepada topik. Aku sebenarnya
nak elak PLKN. Cikgu aku cakap ‘ kalau saya jadi awak semua, saya isi je borang
ni. Dapat tak dapat tu lain citer. Kos dia tu semua kita boleh settle.’.
Mula-mula dengar kos dia, ohmak ai ! Mahal. Aku pon dengan secara tak dukacita,
ambil borang tu dan isi. Lepas tu aku cerita dekat ibu. Ibu cerita dekat ayah.
Tiba- tiba ayah setuju. Aku pon bergumbira lah kan.
Okay, lepas habis SPM perkara utama mesti la berbahagia kan?
Aku dengan family balik kampong. Masa dalam perjalanan balik ke rumah, aku
dapat call. Katanya daripada UTHM. Aku pon wow ! Dia tanya aku pengesahan ke
pra-dip. Balik dari rumah je, aku dapat surat. Aku pon isi surat tu last minit.
Dah tu kira cerita bosan dan tak perlu ambil tahu.
Sekarang ni aku nak cerita apa pengisian yang aku dapat
dalam program persediaan diploma UTHM ni.
Okay, mari jelajah cinta dalam blog
ni. Have fun dear !
AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM.
Untuk pengetahuan warga pembaca yang budiman sekalian,
sekolah aku yang join program ni hanya 2 orang je. Yang terpilih tu boleh kata
ramai. Ada la dalam 5 orang termasuk aku. Bila aku sambung belajar ni, soalan
yang sering orang tanya, MACAM MANA KAU BOLEH SAMBUNG BELAJAR? KAN TAK DAPAT
RESULT LAGI? KAU AMBIL COURSE APE? Okay, aku jawab dengan ikhlas dari heart
beat aku. *acehhh ! Soalan yang pertama tu dah pon terjawab dekat atas. Soalan yang
kedua, IKUT RESULT PERCUBAAN SPM. Haaa ! ni yang aku nak tekankan
sekeras-kerasnya. Result percubaan SPM sangat penting ! mana la tau ke kan
paper spm tercelup dalam banjir ke, percubaan punya result jugak diorang amik. So
jangan main-main masa percubaan SPM *ceh, mentang-mentang dah habis SPM, boleh
la cakap. Haha
Soalan KAU AMIK COURSE APE? Haa meh cheq nak habaq mai. Pra-dip
tak ada course. Betol ni tak tipu. Ni pra-dip je pon, bukan Diploma betol. So tak
ada course J.
Sebenarnya, ada subjek sahaja. Antara subjek dia: Calculus, Algebra,
Presentation, English, Engineering Science, IT. Tu je rasanya.
Aktiviti sepanjang diploma ni ada 3.
1.
Belajar
2.
Karnival Sukan
3.
Kem
4.
Dinner
Macam biasa, aku terangkan satu persatu.
Belajar – Macam mana hadir ke kelas? Nanti aku ceritakan k.
Kelas start pukul 8 am sampai 5pm. Kalau dapat jadual kelas petang, pergi
petang la kan. Everything depend on jadual yang kita dapat. Kalau tak hadir,
dapatkan mc dari PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Masa belajar ni terasa
tersangat la enjoy. Bukan stress, tapi enjoy. Macam tak caya kan? Selalunya orang
cakap, kalau belajar dekat universiti ni tak boleh main-main, kena focus je. Lecterur
ajar laju la apa la. Sebenarnya, situasi macam sekolah jugak. Cuma yang
lainnya, kita kena usaha sendiri. Selalunya masa sekolah cikgu je suap kita
kan. Sekarang dekat universiti, kita yang kena suapkan diri kita sendiri. Apa yang
penting, kerjasama antara pelajar dengan lecterur. Lecterur dia ajar memang
laju. Tapi dia tetap tanya ‘faham tak?’ kalau tak faham, tanya la kan. Jangan malu-malu.
Kalau malu tak ke mana. ;) Setiap subjek ada projek yang kena buat in group. So
masa ni la nak belajar macam mana budak U belajar kan ? Macam subjek calculus,
algebra, ada projek kena buat. Presentation pulak, kita kena present kat depan
kelas. Kalau nak diikotkan, boleh dikatakan seminggu mesti ada presentation.
Subjek English pulak paling enjoy ! Ada yang kena berlakon la, game laa, and
macam-macam la. Ish, rindunyaaaa~
Karnival Sukan
Dinner
Apa kelebihan masuk pra-dip ?
Ramai cakap aku membazir masuk pra-dip sebab mahal, buang
masa, lebih baik kerja and blablabla. Sebenarnya tak membazir, tak rugi. Sebabnya,
kita dah ada basic macam mana nak berdepan dengan situasi masa belajar ke
menara gading. Tak ada la kekok nak buat assignment. Semuanya kita rasa masa
pra-dip. Lagi satu kelebihannya, kalau pointer kita lepas target, kita boleh
terus sambung diploma di UTHM. Boleh pilih course yang kita nak. Course yang
ditawarkan UTHM : Kejuruteraan Awam, Teknologi Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan
Mekanikal, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Teknologi
Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Maklumat. Banyak kan course ? semuanya
Engineering.
Fasiliti dan kemudahan dalam UTHM ni pon banyak dan best. Yang
paling bangga sekali Library UTHM. Yang tu memang wajib la kalau masuk UTHM ni
kan. Lepas tu, kemudahan bas yang keluar masuk untuk hantar pelajar ke tempat
tertentu. Untuk pra-dip, bas UTHM akan menjemput dan hantar balik dari kolej
kediaman ke kampus. Ada banyak lagi fasiliti yang ada. Kalau dah masuk nanti,
kita tau la macam mana awesome nye UTHM nanti.
Kolej kediaman pula, pelajar pra-dip aku menetap di KKTM. Sebelah
UTHM. Bilik di situ sangat selesa dan dekat dengan McD !! tentang keselamatan,
ada felo yang akan jaga. Jangan risau, asrama masa sekolah dengan kolej lain. Tak
seketat asrama sekolah. Boleh keluar anytime. Asalkan mematuhi peraturan ;)
Okaylahhh, that’s all from me. Hopefully enjoy dengan
karangan yang tak berapa di atas. Maafkan saya kalau ada salah dan silap. And maaf
bahasa rojak. Terima kasih ^^
Sebelum lupa, terakhir dari kami, KONVOKESYEN :) detik sedih dan gembira.
THE END :)