Byla Bella ∞
 MELAKA
Saturday, November 24, 2012 | Saturday, November 24, 2012 | 0 comments
actually aku nak citer pasal tarikh 21 Nov 2012. wahh ! baru ku sedar dah nak penghujung bulan November. dah nak masuk bulan disember tanpa perasaan dan emosi. kelas pon belom start lagi. haha padahal baru seminggu start belajar. next week insyaAllah aku dah start belajar. so aku nak start belajar betol-betol. tak nak main-main sebab ada KIMIA ! huarghhhhhhh ! seram seram. tapi takpe, insyaAllah boleh. wish me luck hokehhhh ? lepas ni aku nak buat jadual laa. nak buat jadual kelas yang semalam baru buat pindaan. and nak buat jadual AZAM ! hoyeah !

hanya dirimu yang ku cinta~
takkan membuat aku jatuh cinta lagi~
aku merasa kau yang terbaik untuk diriku~
walau ku tahu kau tak sempurna~
takkan membuat aku jaoh dari mu~
apa adanyaaaa~
kukan tetap setia padamu~
tuhannn~
jagakan diaa~
dia kekasihku~
yang tetap milikuuu~
akuuuu sunggu mencintaiiiii~
sungguh menyayangi~
setulus hatikuuuuu~

lagu di atas takde kena mengena antara hidup dan mati k. tak ada especially especially bagai. ni aku tengah dengar lagu. aku pon taip lahhh. haha tak ada keje kan.

title aku MELAKA tu apa pasal ? haa, tadi baru warm up je. sekarang ni ha baru nak citer betol-betol.
aku pergi melaka dengan kawan U aku. barkeh syida eymal chaki. 5 orang semua termasuk aku. pergi melaka target cuma nak pergi hospital melaka je. tapi kena buat appointment dengan hospital muar pulak. so lepas tu pergi la dataran pahlawan dengan mahkota parade. shopping la kan. kan dataran pahlawan ingat nak beli jam. sumpah ade jam tu cantik gile !! tapi rosak. sedihhh wo sedih. lepas tu aku beli baju kemeja lak. kalau aku taw ade sale mase tuh, aku tak pergi beli baju kat bp mall. then makan kat mahkota parade. tengok budak ni memanah pastu balik lalu segamat. wahhh ! yang syok nye singgah segamat.

aku just main-main je suruh lalu segamat, balik rumah aku. diorang pon ok. aku pon call ibu suh masak. mula-mula ibu kata tak payah sebab nanti sampai malam. lepas tu, eymal cakap pergi jugak, kita gerak awal. aku pon okay jjelaa. sampai dalam kul6. ibu masak santan durian and laksa penang. budak ni cakap sedap. eymal boleh pulak cakap 'mak dia pandai masak, harap2 anak dia pandai masak'. wahaha kuangajaaa ayat. lepas tu gerak balik kul7.30. sampai kul9.30. bosan balik awal. tu jela nak citer. babai !






 Program Persediaan Diploma UTHM 2012
Wednesday, November 21, 2012 | Wednesday, November 21, 2012 | 0 comments

Assalamualaikum dan hola ! Untuk pengetahuan warga Malaysia yang comel-comel belaka, blog ni diwujudkan untuk memberi pendedahan mengenai Program Persediaan Diploma UTHM. Mula-mula orang dengar Pra-dip ni tak bagus la, apa la. Tapi sekali dah masuk, haaaa ! Rindu setahun. I’m serius okay. (O_O) Betul, ni tak tipu. Sebab apa rindu setahun ? Haaa, meh cek nak ceciter. Everything dalam blog ni. So, sila rajinkan tangan, kaki, mata dan mulut anda untuk men’stalker’ ini blog. Lepas tu sila kecohkan dikhalayak ramai. Hal ni wajib k. WAJIB ! *gurau ^,^. Tak perlu kecoh pon takpe.

First of all, mana aku tahu pasal program ni? Sebenarnya aku tahu pasal program ni daripada cikgu kaunseling aku. Mana dia tahu pulak? Yang tu aku lupa pula nak tanya. Aku masuk program ni bukan sebab aku minat nak jadi Engineer. Tak terdetik sikit pon aku nak jadi engineer. Sikit pon tak terdetik. Serius. Aku mula-mula nak jadi doktor. Tapi kemungkinan ni takdir yang ditentukan oleh Tuhan. Siapa tahu kan. Ok, balik kepada topik. Aku sebenarnya nak elak PLKN. Cikgu aku cakap ‘ kalau saya jadi awak semua, saya isi je borang ni. Dapat tak dapat tu lain citer. Kos dia tu semua kita boleh settle.’. Mula-mula dengar kos dia, ohmak ai ! Mahal. Aku pon dengan secara tak dukacita, ambil borang tu dan isi. Lepas tu aku cerita dekat ibu. Ibu cerita dekat ayah. Tiba- tiba ayah setuju. Aku pon bergumbira lah kan.

Okay, lepas habis SPM perkara utama mesti la berbahagia kan? Aku dengan family balik kampong. Masa dalam perjalanan balik ke rumah, aku dapat call. Katanya daripada UTHM. Aku pon wow ! Dia tanya aku pengesahan ke pra-dip. Balik dari rumah je, aku dapat surat. Aku pon isi surat tu last minit. Dah tu kira cerita bosan dan tak perlu ambil tahu.
Sekarang ni aku nak cerita apa pengisian yang aku dapat dalam program persediaan diploma UTHM ni. 

Okay, mari jelajah cinta dalam blog ni. Have fun dear !

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM PERSEDIAAN DIPLOMA UTHM.
Untuk pengetahuan warga pembaca yang budiman sekalian, sekolah aku yang join program ni hanya 2 orang je. Yang terpilih tu boleh kata ramai. Ada la dalam 5 orang termasuk aku. Bila aku sambung belajar ni, soalan yang sering orang tanya, MACAM MANA KAU BOLEH SAMBUNG BELAJAR? KAN TAK DAPAT RESULT LAGI? KAU AMBIL COURSE APE? Okay, aku jawab dengan ikhlas dari heart beat aku. *acehhh ! Soalan yang pertama tu dah pon terjawab dekat atas. Soalan yang kedua, IKUT RESULT PERCUBAAN SPM. Haaa ! ni yang aku nak tekankan sekeras-kerasnya. Result percubaan SPM sangat penting ! mana la tau ke kan paper spm tercelup dalam banjir ke, percubaan punya result jugak diorang amik. So jangan main-main masa percubaan SPM *ceh, mentang-mentang dah habis SPM, boleh la cakap. Haha

Soalan KAU AMIK COURSE APE? Haa meh cheq nak habaq mai. Pra-dip tak ada course. Betol ni tak tipu. Ni pra-dip je pon, bukan Diploma betol. So tak ada course J. Sebenarnya, ada subjek sahaja. Antara subjek dia: Calculus, Algebra, Presentation, English, Engineering Science, IT. Tu je rasanya.
Aktiviti sepanjang diploma ni ada 3.
1.       Belajar
2.       Karnival Sukan
3.       Kem
4.       Dinner

Macam biasa, aku terangkan satu persatu.

Belajar – Macam mana hadir ke kelas? Nanti aku ceritakan k. Kelas start pukul 8 am sampai 5pm. Kalau dapat jadual kelas petang, pergi petang la kan. Everything depend on jadual yang kita dapat. Kalau tak hadir, dapatkan mc dari PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Masa belajar ni terasa tersangat la enjoy. Bukan stress, tapi enjoy. Macam tak caya kan? Selalunya orang cakap, kalau belajar dekat universiti ni tak boleh main-main, kena focus je. Lecterur ajar laju la apa la. Sebenarnya, situasi macam sekolah jugak. Cuma yang lainnya, kita kena usaha sendiri. Selalunya masa sekolah cikgu je suap kita kan. Sekarang dekat universiti, kita yang kena suapkan diri kita sendiri. Apa yang penting, kerjasama antara pelajar dengan lecterur. Lecterur dia ajar memang laju. Tapi dia tetap tanya ‘faham tak?’ kalau tak faham, tanya la kan. Jangan malu-malu. Kalau malu tak ke mana. ;) Setiap subjek ada projek yang kena buat in group. So masa ni la nak belajar macam mana budak U belajar kan ? Macam subjek calculus, algebra, ada projek kena buat. Presentation pulak, kita kena present kat depan kelas. Kalau nak diikotkan, boleh dikatakan seminggu mesti ada presentation. Subjek English pulak paling enjoy ! Ada yang kena berlakon la, game laa, and macam-macam la. Ish, rindunyaaaa~




Karnival Sukan


Dinner





Apa kelebihan masuk pra-dip ?
Ramai cakap aku membazir masuk pra-dip sebab mahal, buang masa, lebih baik kerja and blablabla. Sebenarnya tak membazir, tak rugi. Sebabnya, kita dah ada basic macam mana nak berdepan dengan situasi masa belajar ke menara gading. Tak ada la kekok nak buat assignment. Semuanya kita rasa masa pra-dip. Lagi satu kelebihannya, kalau pointer kita lepas target, kita boleh terus sambung diploma di UTHM. Boleh pilih course yang kita nak. Course yang ditawarkan UTHM : Kejuruteraan Awam, Teknologi Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Maklumat. Banyak kan course ? semuanya Engineering.
Fasiliti dan kemudahan dalam UTHM ni pon banyak dan best. Yang paling bangga sekali Library UTHM. Yang tu memang wajib la kalau masuk UTHM ni kan. Lepas tu, kemudahan bas yang keluar masuk untuk hantar pelajar ke tempat tertentu. Untuk pra-dip, bas UTHM akan menjemput dan hantar balik dari kolej kediaman ke kampus. Ada banyak lagi fasiliti yang ada. Kalau dah masuk nanti, kita tau la macam mana awesome nye UTHM nanti.
Kolej kediaman pula, pelajar pra-dip aku menetap di KKTM. Sebelah UTHM. Bilik di situ sangat selesa dan dekat dengan McD !! tentang keselamatan, ada felo yang akan jaga. Jangan risau, asrama masa sekolah dengan kolej lain. Tak seketat asrama sekolah. Boleh keluar anytime. Asalkan mematuhi peraturan ;)
Okaylahhh, that’s all from me. Hopefully enjoy dengan karangan yang tak berapa di atas. Maafkan saya kalau ada salah dan silap. And maaf bahasa rojak. Terima kasih ^^ 

Sebelum lupa, terakhir dari kami, KONVOKESYEN :) detik sedih dan gembira.



THE END :)

 Festival Konvokesyen 2012
Sunday, November 11, 2012 | Sunday, November 11, 2012 | 0 comments
assalamualaikum dan alighatogozaimash ! dah berhabuk blog aku ni. konon dah macam tinggalkan berapa tahun. padahal baru berapa hari. k fine ! ade aku kesah ? haha tak masal lak. actually, cek nak ceciter nih haa. 7 hari berturut-turut cek ada program FESKON (Festival Konvokesyen). start 2 November hingga 7 November 2012. mula-mula fikir memang taknak join. tapi try pujuk diri untuk join program ni. so aku pon dengan terpaksa aku join la. lama-lama aku join dengan ikhlas dari hati. cewahhhhh ! okay lupa kan.

31 Oktober 2012 (Rabu)
Tarikh aku bertolak dari segamat ke UTHM. yang penting ayah yang hantar. uww, i love u lah ayah muah muah. sanggup balik dari sekolah pukul 9 pagi, semata-mata nak hantar aku balik UTHM. lepas tuh ayah pergi keje balik. eh yeke ayah pergi keje balik ? ha yang tu aku taktaw. yang penting ayah selamat sampai. Alhamdulillah. risau pon ada taw. yelaa, ayah balik sorang-sorang je kot. sampai UTHM, balik bilik. pastu si madi, emal, teha ajak pergi makan rojak. boleh tahan sedap jugak laaa. malam pulak pergi BP Mall beli kasut aku. then makan makan, balik terus ada meeting sampai malam. pastu budak ni ajak overnight. memang tak laa. aku perempuan kot. nanti sape nak minang aku kalau diorang tengok aku kuar malam ? hahaha, poyopo tak ayat aku ? tapi betul what..

1 November 2012 (Khamis)
hari ni ada TOT. masa untuk agihkan kumpulan and terangkan kerja setiap unit. oh lupaa, for your information, aku ketua unit kebajikan. so kerja unit kebajikan macam kes kecemasan jugak laa. aku handle bahagian first aid, derma darah and kunci hostel. group aku ada 11 orang termasuk aku. malam pulak, cam biasa aku keluar pergi makan ngan madi, eymal, teha n barkeh.

2 November 2012 (Jumaat)
Bermula lahh feskon. aku sedikit busy. takde la busy sangat sebenarnya. sebab anak buah aku yang jaga tempat. dalam tengah hari cenggitu aku balik. suke hati je kan aku balik. hahaha, dulik ape. aku ngantuk gila. lagi pun setiap orang ada rehat 4 jam. so aku gunakan la dengan sebaiknya. oh sebelum aku lupa. macam biasa pembantu aku Farid.

untung sape jadik pembantu aku. (cehh masuk bakul angkat sendiri :P) bukan ape. aku suka tengok pembantu aku hensem-hensem, comel-comel belaka.

tengok ! kan dah berubah rambot dia. aku cakap 'farid, kau lagi hensem kalau jatuh kan sume rambut. ni aku tengok macam rambut tak siap je. aku suka tengok pembantu aku hensem-hensem belaka'. acehhh kerek ! poyo gile ayat aku. aku cakap dalam nada bergurau laa. gila aku nak cakap serius, kang tak masal orang fikir lain. kalau aku serius pon, diorang tetap ingat macam gurau. so, abaikan jelaa. okay, aku nak cakap pasal si farid ni. sumpah rajin gila ! and tersangat la baik. setakat ni dia tak ada la kuangaja sangat. kira macam dia ni okay la dengan orang. cuma satu je perkara aku tak suka dengan dia. iaitu !! ade laaa, taknak mention sini. tu buruk kan dia. dia tak banyak bunyi sangat. dia ikot je apa aku suruh. tapi dia tak banyak sangat buat kerja sebab dia overnight kat tapak, kena jaga tapak sampai pagi. okay, dah malas nak citer pasal dia. hari ni sebenarnya, tak ada la busy mana pon. anak buah aku sume jaga tapak jee and pegang first aid. thats all.

3 November 2012 (Sabtu)
ha, waktu ni banyak jugak la aktiviti. so anak buah aku berpecah kena jaga tempat-tempat yang ada program. malam tu pulak ada program BICARA HIJRAH bersama Catriona Ross dan Diana Amir. malam tu aku takde baju kurung, so aku pakai jela t-shirt, cardigan and seluar TRACKSUIT ! haha. tracksuit yang tak boleh tahan tuh. konon nak main air la kan..
aku duk sebelah diana amir, tengok tu ! tengokkkk ! waaaaa. minah tracksuit duk sebelah diana amir la sehh. waaa, waaa, waaaaa !!

4 November 2012 ( Ahad)
sebenarnya mak semput nak habiskan sampai 7 November nih. banyak sangat cerita. yang penting nak beritau ada autoshow jee. aku taknak upload gambar, sebab internet lembap nauzubillah. kat atas tu gambar farid, ha tu lahhh salah satu kete sumpah aku minat gile ! budak ni cakap kete kelisa modified jadik mini cooper. cool gile beb ! nak beli satu ! lagi satu kereta wolksvagen. kete tu cantekkkk. melting ~~

5 November 2012 (Isnin)
ha ! hari terpenting sebab ada 2 program terbesar. program HAWA1M and program arca kerepek 1 Malaysia. so aku handle bahagian HAWA1M. tiba-tiba ada seorang makcik ni pengsan. sumpah ! kelam kabut aku. unexpected kot. sebabnya duk dalam aircond, nak kata bergerak sangat pon tak jugak. tiba-tiba 'bella masuk. ada sorang makcik pengsan dalam dewan'. pehh lari aku ke dalam dewan nak tengok keadaan macam mana. memang betol-betol pengsan. aku dah cakap dengan budak ni, jangan angkat dia. nak call ambulans. lagi satu, aku ni pon bongok sikit, nom telefon kat dalam kereta. tak bekejar aku ke kereta. call PKU tak dapat. terus amik nom 'on-call'. dah sampai kereta, buat-buat cool je kan. yang tak leh blah, call nom orang lain, sebot nama orang lain. cool la sangat, haha. aku denga suara kak nurse tu macam marah je. dulik ape, aku dah gelabah, semua jadik huru-hara. dalam berapa minit datang laa ambulans. bawak dorang pergi PKU. aku pon terpaksa ikot sebab ada sorang makcik ni taknak masuk ambulans. pujuk punya pujuk, akhirnya dia pon ikot. so aku pon terpaksa ikot. haiyaaa~ masa nih ada Iron Lady a.k.a Datuk Sri Maznah. eh betol ke nama dia camtuh ? yang penting datuk jugak laa. sempat jugak la aku tangkap gambar denga dia.
*okay aku dah fedup, nak upload gambar lembap sangat. nanti bile2 aku upload la heaa..

6 November 2012 (Selasa) dan 7 November 2012 (Rabu)
last day, ada kempen derma. hospital Kluang datang. macam biasa la kan, ada KAK MIN. hahaha, aku hasut kak min makan char kuey tiaw. dia ajak ramai-ramai makan. hamik kauuu ! makan kena berjemaah kan. mana boleh sorang-sorang. yang penting, orang hospital kluang dah kenal aku. ehh boleh la aku ngendeng-ngendeng nak kerja situ ke kan. cita-cita nak jadik doktor tak kesampaian. doktor darah pon jadi laaa. haha.

okay ni antara member aku yang jadi ketua unit. maybe tanpa diorang aku tak join kot benda ni sume. and takde diorang tak enjoy laa aku uruskan feskon ni nanti. aku happy sebab ada diorang. everytime gelak je kerja kan. dengan si eymal (pakai baju merah) asyik buat lawak annoying dia sebagai datuk. mula-mula datuk, and aku datinnya. then aku cakap aku taknak datin, aku nak jadik puan sri. dia pon ubah laa jadik tan sri. hahaha, okay tu gurauan semata-mata. kalau gurau aku boleh lagi laa layan kan. dia panggil sayang sayang, aku panggil darling darling. hahaha dekah seh. aku pon geli pulak. alaa, setakat member, boleh la layan pale otak. tapi tengok orang jugak la, kalau gaya gurauan dia sangat menjengkelkan, sumpah aku tak layan. ada macam sorang tuh. okay aku taknak citer lebih-lebih. yang penting aku rasa macam nak uwekkkkk ! lagi satu, aku cakap dengan eymal, nanti nak hantar hantaran kasi DSLR, lens, stand, satu set DSLR la senang. dia pon cakap bolehhh. hahaha, hadoi, layan kan aje laa. si barkeh tu pulak. dia ketua bilik gerakan. oh dia la kawan aku sebilik. haha. dia je yang paham perangai aku yang pengecut nauzubillah. masa kktm, aku berani gile. naik diploma, hamik kauuuu, pengecottt. si teha lak, ketua unit makanan. ha dia ni lahh dugong terdampar tuh. hahaha. ashane tah aku dapat idea tuh. yang penting dia tak touching dengan ayat tuh. teha ni kaki sengih. nak tutup segala kedukaan dia. tu la kelebihan perempuan. senyum tuk hilangkan segala kesedihan ;) you are strong enough teha ! lail lak, dia tak ada dalam gambar nih. dia ketua unit booth dan gerai. sian dia asyik kena hentam dengan penggerai. sabar la ehh, benda pahit tu boleh dijadikan pengajaran dan pengalaman. yang akhir sekali, si baju hitam tuh. orang panggil dia chaki. dia ketua unit ape ntah, tapi untuk program HAWA1M. tak lupa jugak kat bak. dia la yang hantar jemput kiteorang gegirl ni dari tf ke tapak, ke tempat makan. thanks a lot yee. madi ketua program. ketua yang sempoi aku penah jumpa. selumber badak dia jela kan nak buat apa. haha, btw, dia senior. not diploma. selamber je kan aku panggil madi ? ikotkan masa mula-mula kenal panggil 'abang' 'saya'. dia lak bahasa dengan aku, tetap jugak 'aku kau'. haha madi madi.

okay lahh, panjang sangat aku citer. entah ada ke tak orang nak baca. bye ;)

*eh betol ke aku ni mesra org nye? dah berapa org cakap. aku rasa aku ni bukan peramah, cmne nak jdik mesra kan..
 Nantikannn..
Friday, November 9, 2012 | Friday, November 09, 2012 | 0 comments
nantikan update pasal FESKON ^^ sekarang nak tengok Anugerah Skrin. byeee !